Buka Puasa Dengan Roti Naan Cheese Pun Kenyang Sangat – Naan Lounge Shah Alam

Roti naan cheese untuk buka puasa? Kenyang ke?

Bila Ramadhan ni, selalu fikir “nak masak apa hari ini?” dan ada pula yang tanya “ko masak apa hari ini?”. Bila aku jawab, jarang masak, selalu buka dengan kuih jer..sahur baru makan nasi..ada yang musykil dengan jawapan aku…hehehe..memang senang keluarga aku ni…dah pekena kuih dan air…nasi langsung tak sentuh dah.. makan nasi time sahur… lauk pula simple jer..so, tak payah pening fikir nak masak lauk apa.. hari-hari roti john mesti ada…dan tambah satu dua jenis kuih lain..makanlah 3 beranak..kenyang sampai sahurlah.

Roti Naan Cheese Terbaik dari Naan Lounge, Shah Alam

Wah, naan cheese wey….antu cheese memang sukalah kan…walaupun aku tak makan cheese, tahap sedapnya aku tahu bila nampak orang makan naan cheese meleleh cheese dan kemain panjang tarik roti naan tu. Aku makan naan biasa cicah dengan kuah dal dia yang sedap tu, habis juga beberapa keping.

roti naan

Yang special lagi kat sini naan nutella.. awal dulu aku rasa macam pelik makan roti naan dengan coklat ni… tapi rupanya tak rasa pelik pun, rasa sedap lagi ada…meleleh keluar isi coklat dari nutella..memang comot habis mulut..

roti naan nutella

Menu Buka Puasa Istimewa

Jangan risau, bukan hanya roti naan saja di bulan Ramadan kat sini. Kalau korang jenis yang mesti makan nasi untuk buka puasa, Naan Lounge sedia menu yang istimewa.. antaranya nasi beriyani, nasi putih, ayam tandoori, chicken masala, kambing keema, alu gobi, pakora, samosa, kheer dan banyak lagi. Ayam tandoori kat sini berbeza dengan kedai mamak yer… sangat ranggup dan isinya yang juicy dan spicy…dan tidak pakai pewarna pun. Buktinya, jari tak kuning selepas makan ayam tandoori.

nasi beriyani naan lounge

chicken masala

tandoori chicken

Owner dari Pakistan

Naan Lounge ini baru 6 bulan beroperasi dan ia kali pertama menyediakan bufet ramadan. Owner dari Pakistan, so masakannya berbeza dengan masakan kedai-kedai mamak. Trademark memang Roti Naan.

Dalam ruang kedai memang sangat selesa… ada jenis yang open air..ada bilik penghawa dingin.. tempat solat lelaki dan perempuan pun ada.

Operasi bulan puasa dari jam 4:00 petang – 3:00 pagi. Dibuka setiap hari.

Call : 03-5882 2910

atau

IG: www.instagram.com/naanlounge
FB: www.facebook.com/naanlounge.my

Alamat:
Naan Lounge, 44 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Paling senang waze jer atas nama Naan Lounge..terus sampai ke sini.

Tagged : / / / / /

Bazar Ramadan di Restoran 10 Binjai, PNB Perdana Hotel & Suites on the Park

Restoran 10 Binjai PNB Perdana & Suites on the Park

3 hari masuk puasa dah makan di luar. Alhamdulillah ini tanda rezeki dari Yang Maha Esa untuk hambanya.Ralat jugalah sebab kurang seorang ahli keluarga iaitu kakak Azwa. Tahun ini tak dapat bawa kakak sekali dan tahun depan aku pula tak dapat lagi nak hadiri jemputan seperti ini. Lepas ini, rezeki orang lain pula.

Konsep Bazar Perdana di Restoran 10 Binjai

Ini kali kedua dapat jemputan dari PNB Perdana Hotel & Suites on the Park tapi kali pertama makan di Restoran 10 Binjai. Sebelum ini di Restoran 39. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan.

Tema Bazar Perdana, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar.

Sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu.

Restoran 10 Binjai turut menampilkan beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese. Antara hidangan di dalam restoran:

kupang masak merah berapi

Bahan untuk ABC pun dah banyak pilihan apatah lagi hidangan utama kat sini. Ambil gambar jer, baru teringat aku tak rasa pun. Yealah, dah aku lebih utamakan hidangan di luar restoran jer…hehehe.

Susah nak jumpa kuih tradisional yang sedap tau. Tapi, terus terang aku cakap kuih tradisional kat sini memang sangat sedap. Paling aku suka kuih ketayap yang mana isi kelapa nya penuh dan cukup manis dengan air gula melaka nya… berulang juga makan.

Di luar Restoran 10 Binjai

Di luar restoran untuk hidangan BBQ dan goreng-goreng. Menjadi salah satu tumpuan tetamu kat sini lebih-lebih lagi pergi serang di bahagian kambing bakar itu.

roti john yang gebu

melting tengok gulai kawah

gulai kawah yang sedap

“sabar abang..sabar abang…sikit masa jer lagi…mama tahu kamu telan air liur tu.. “

aiskrim goyang hilang rasa haus

Apa yang kami makan

Ini antara hidangan yang kami makan. makan itu kena slow-slow lah..kasi turun betul-betul barulah rasa nikmat makanan. tak gitu. sampai sana lupa terus pasal nasi…hanya makan lauk jer…

Jangan risau pasal HALAL. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.

Setiap hari sebelum waktu berbuka, akan ada mereka yang dijemput untuk membaca Al-Quran dan seterusnya azan maghrib. solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.

Harga Pakej

Restoran 10 Binjai
Harga Promosi: RM80.00seorang
Harga Biasa: RM98.00seorang
Tel: 03-7490 3838

Restoran 39
Harga Promosi: RM100.00seorang
Harga Biasa: RM135.00seorang
Tel: 03-7490 3939

Instagaram: @pnbperdanakl

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com

Tagged : / / / / /

BBQ Lamb KL Kemensah – Buka Puasa Dalam Air

‘Rare’ ke tak ‘Rare’ ni, berbuka puasa dalam sungai. bukan pergi minum air sungai tu untuk buka puasa. tapi buka puasa sambil berendam kaki…nak berendam badan pun nasib koranglah..batal puasa jangan salahkan aku. Meja dan kerusi dalam air sungai..so, duduklah atas kerusi tu sambil kaki berendam.  Lain dari yang lain tau.

BBQ Lamb KL Kemensah

Perghhh, bawah sejuk atas panas gitu.. kombinasi yang baik..cewahhh. Yealah, makan makanan yang panas-panas kan..nikmat sangat lah.

Tahu ke kat mana BBQ Lamb KL Kemensah ni? Yang biasa dengan Zoo Negara, konpem tahulah…Yang tak biasa, google maps jer…laluan belakang Zoo. Pergi straight ke dalam akan nampak banner BBQ Lamb di sebelah kanan. Apa istimewa menu kat BBQ Lamb KL Kemensah ni? Antaranya:

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

Bagi Ramadan 2019, menu-menu adalah pilihan ikut set.. sama ada vegetarians, seafood, fish dan mix meat. 1 set ni cukup untuk 4 dewasa. Setiap set mengikut pilihan menu ada nasi, sup, kurma, cocktail,  dessert dan 2 jenis air.

Havoc dengan Team

Nak romantik  bawa suami atau isteri jer..if nak havoc ajaklah teman sekepala…macam aku punya team Kelab Blogger Ben Ashaari. Ini baru setengah suku ahli dah havoc giler.. pasangan pun melayan ajer. hah, kerjasama namanya. Datang beramai-ramai macam ini, setiap set boleh cuba lain-lain menu. Okey zoom sikit makanan yang kitaorang makan ni.

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

TERGODA KE WEY. JANGAN TERBATAL PUASA SUDAH.

Standby Baju Salin Yer

Yang ada anak-anak tu, standby bawa baju salinlah. Budak-budak memang pantang nampak air sungai. Tak kiralah time tu dah malam ke..sejuk ke…mesti berendam habislah. Mak pak seronok makan dan borak, anak-anak seronok mandi air sungai.. tak risau pun air cetek dan mandi di kawasan tempat makan tu jer.

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

Nasib mak pak tak bawa baju salin jer…kalau tak berendam sekali dengan anak ni.Tapi basah sampai ke atas juga seluar mak paknya..

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

Menu setu feberet antara aku dan mr.ery.

BBQ Lamb KL Kemensah

Untuk bulan puasa ni BBQ Lamb KL Kemensah beroperasi pada 6 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Sebarang pertanyaan dan reservation bolehlah hubungi whatsapp di 012-2114100.

Tagged : / / / / /

Bufet Ramadhan Best Western I-City, Konsep Aladdin and The Malaysian Treasures

Eh jomlah ke Best Western I-City!!! Bufet Ramadhan Konsep Aladdin and The Malaysian Treasures. Rezeki dapat berbuka puasa ganti kat sini.. bukan kebetulan tapi kejarkan dah nak masuk bulan Ramadhan, puasa tahun lepas tak habis ganti lagi…hahaha..siapa suruh last minute kan.. inipun masih lagi berbaki.

Bufet Ramadhan Best Western I-City

Nak sampai ke sini basah lenjun aku…naik motor kan…dari rumah tak hujan..di pertengahan jalan hujan lebat sungguh.. Nasib baik pakai baju hitam, tak nampak sangat basah.. apalagi redah jerlah. Masuk lobi hotel, gigil kesejukan. Naik tingkat 5 sejuk hilang pandang makanan.

best western icity

Panjangnya susunan pelbagai juadah, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Kari kepala ikan, daging masak merah, mutton varural, ayam masak rempah, kambing lada hitam, steamed fish teochew style dan banyak lagilah…160 juadah ko. Hah, makanlah semua.

Amboii laki aku, dulu dia dari aku..eh, siapa yang puasa ni?

best western icity

Rooftop Level 5

Di luar pula ada lauk bakar-bakar..kambing bakar, udang, ikan, daging, sate ayam dan daging, pisang goreng, keledek goreng, cendawan goreng, rojak buah, rojak campur, pasta, yong tau foo, martabak, roti john dan banyak lagi. Ada 2 buah-buahan yang kena makan di bahagian rooftop ni…raja buah iaitu durian dan nangka yer..

best western icity
best western icity

Nah menu-menu bufet ramadhan nanti ikut hari. Pilih nak menu apa.

Downlod SINI

best western icity

Dessert pun banyak..tak termakan sebab terlalu kekenyangan..banyak ratah lauk jer.

best western icity
best western icity

Kadang-kadang bila pergi bufet ramadhan ni, selalu fikir tempat untuk solat. masa tak panjang nak masuk ke Isyak..nak makan berbuka lagi..tak perlu risau, di Best Western I-City tempat solatnya satu level..dekat dan mudah. Dari rooftop di belakang Mr.Ery berdiri tu jer ruang untuk solat. Bolehlah bagi masa, berbuka dulu dengan kurma…pergi solat..lepas itu sambung makan.

best western icity

Kemain segak pula Mr Ery ..inilah bahagian rooftop dari level 5. Boleh nampak i-city kat sebelah itu jer.

best western icity

Beria cium bau durian…agaknya cium bini camtu juga ke. hahahaha…durian D24 tau..bukan calang-calang durian.

best western icity

Lagi seronok datang berkumpulan..lagi havoc jumpa kawan-kawan..berjam-jam kat situ sampai habis waktu tak apa. Tq Best Western I-City treats kami semua dengan baik dan makanan memang sedap semua.

best western icity

Sebelum terlupa, pada 23 Mac 2019 mula jam 9 pagi ada persembahan tarian singa dan drums di I-City Central..Hah, bawa anak-anak korang pergi tengok yer.

Untuk booking buka puasa dah dibuka. Sekarang booking time Early Bird ni sebelum 30 April 2019 lagi dapat harga yang lebih murah..tak cecah RM100 pun.. Dan korang datang berkumpulan macam kami melebihi 9 orang…1 orang akan dapat FREE.

Tempah di The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam, hubungi 03-55219000 atau email sales@bestwestern-icity.my

Tagged : / / /