Bazar Ramadan di Restoran 10 Binjai, PNB Perdana Hotel & Suites on the Park

Restoran 10 Binjai PNB Perdana & Suites on the Park

3 hari masuk puasa dah makan di luar. Alhamdulillah ini tanda rezeki dari Yang Maha Esa untuk hambanya.Ralat jugalah sebab kurang seorang ahli keluarga iaitu kakak Azwa. Tahun ini tak dapat bawa kakak sekali dan tahun depan aku pula tak dapat lagi nak hadiri jemputan seperti ini. Lepas ini, rezeki orang lain pula.

Konsep Bazar Perdana di Restoran 10 Binjai

Ini kali kedua dapat jemputan dari PNB Perdana Hotel & Suites on the Park tapi kali pertama makan di Restoran 10 Binjai. Sebelum ini di Restoran 39. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan.

Tema Bazar Perdana, Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi bazar. Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar.

Sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang menjanjikan pengalaman berbeza untuk semua tetamu.

Restoran 10 Binjai turut menampilkan beberapa jenis signature dish sempena Bazar Perdana ini terdiri daripada Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese. Antara hidangan di dalam restoran:

kupang masak merah berapi

Bahan untuk ABC pun dah banyak pilihan apatah lagi hidangan utama kat sini. Ambil gambar jer, baru teringat aku tak rasa pun. Yealah, dah aku lebih utamakan hidangan di luar restoran jer…hehehe.

Susah nak jumpa kuih tradisional yang sedap tau. Tapi, terus terang aku cakap kuih tradisional kat sini memang sangat sedap. Paling aku suka kuih ketayap yang mana isi kelapa nya penuh dan cukup manis dengan air gula melaka nya… berulang juga makan.

Di luar Restoran 10 Binjai

Di luar restoran untuk hidangan BBQ dan goreng-goreng. Menjadi salah satu tumpuan tetamu kat sini lebih-lebih lagi pergi serang di bahagian kambing bakar itu.

roti john yang gebu

melting tengok gulai kawah

gulai kawah yang sedap

“sabar abang..sabar abang…sikit masa jer lagi…mama tahu kamu telan air liur tu.. “

aiskrim goyang hilang rasa haus

Apa yang kami makan

Ini antara hidangan yang kami makan. makan itu kena slow-slow lah..kasi turun betul-betul barulah rasa nikmat makanan. tak gitu. sampai sana lupa terus pasal nasi…hanya makan lauk jer…

Jangan risau pasal HALAL. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.

Setiap hari sebelum waktu berbuka, akan ada mereka yang dijemput untuk membaca Al-Quran dan seterusnya azan maghrib. solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.

Harga Pakej

Restoran 10 Binjai
Harga Promosi: RM80.00seorang
Harga Biasa: RM98.00seorang
Tel: 03-7490 3838

Restoran 39
Harga Promosi: RM100.00seorang
Harga Biasa: RM135.00seorang
Tel: 03-7490 3939

Instagaram: @pnbperdanakl

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com

Tagged : / / / / /

BBQ Lamb KL Kemensah – Buka Puasa Dalam Air

‘Rare’ ke tak ‘Rare’ ni, berbuka puasa dalam sungai. bukan pergi minum air sungai tu untuk buka puasa. tapi buka puasa sambil berendam kaki…nak berendam badan pun nasib koranglah..batal puasa jangan salahkan aku. Meja dan kerusi dalam air sungai..so, duduklah atas kerusi tu sambil kaki berendam.  Lain dari yang lain tau.

BBQ Lamb KL Kemensah

Perghhh, bawah sejuk atas panas gitu.. kombinasi yang baik..cewahhh. Yealah, makan makanan yang panas-panas kan..nikmat sangat lah.

Tahu ke kat mana BBQ Lamb KL Kemensah ni? Yang biasa dengan Zoo Negara, konpem tahulah…Yang tak biasa, google maps jer…laluan belakang Zoo. Pergi straight ke dalam akan nampak banner BBQ Lamb di sebelah kanan. Apa istimewa menu kat BBQ Lamb KL Kemensah ni? Antaranya:

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

Bagi Ramadan 2019, menu-menu adalah pilihan ikut set.. sama ada vegetarians, seafood, fish dan mix meat. 1 set ni cukup untuk 4 dewasa. Setiap set mengikut pilihan menu ada nasi, sup, kurma, cocktail,  dessert dan 2 jenis air.

Havoc dengan Team

Nak romantik  bawa suami atau isteri jer..if nak havoc ajaklah teman sekepala…macam aku punya team Kelab Blogger Ben Ashaari. Ini baru setengah suku ahli dah havoc giler.. pasangan pun melayan ajer. hah, kerjasama namanya. Datang beramai-ramai macam ini, setiap set boleh cuba lain-lain menu. Okey zoom sikit makanan yang kitaorang makan ni.

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

TERGODA KE WEY. JANGAN TERBATAL PUASA SUDAH.

Standby Baju Salin Yer

Yang ada anak-anak tu, standby bawa baju salinlah. Budak-budak memang pantang nampak air sungai. Tak kiralah time tu dah malam ke..sejuk ke…mesti berendam habislah. Mak pak seronok makan dan borak, anak-anak seronok mandi air sungai.. tak risau pun air cetek dan mandi di kawasan tempat makan tu jer.

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

Nasib mak pak tak bawa baju salin jer…kalau tak berendam sekali dengan anak ni.Tapi basah sampai ke atas juga seluar mak paknya..

BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

Menu setu feberet antara aku dan mr.ery.

BBQ Lamb KL Kemensah

Untuk bulan puasa ni BBQ Lamb KL Kemensah beroperasi pada 6 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Sebarang pertanyaan dan reservation bolehlah hubungi whatsapp di 012-2114100.

Tagged : / / / / /

Sajian Burokah Ramadan dari Hotel GRAND SEASONS Hotel Kuala Lumpur – Terkini Hotel Permanently Closed

Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur

Makcik-makcik dah shopping raya ke? Belum lagi? Baguslah, makcik-makcik nak shopping raya last minute yea. Nak rebut harga diskaun, macamlah saya tak tahukan…di Jalan Tar, Chow Kit banyak bas-bas persiaran berhenti tepi jalan turunkan makcik-makcik pergi shopping kan.. Shopping-shopping juga makcik.. tempat untuk buka puasa makcik jangan lupa tau. Mari saya nak syorkan satu tempat ini.. makcik happy shopping, makcik juga kena happy untuk nikmati juadah berbuka puasa.

Makcik, di sinilah tempatnya untuk makcik berbuka puasa. Buka puasa di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Kenapa di sini? Makcik dah penat shopping, mesti makcik nak rehatkan..Makcik bermalamlah di hotel Grand Seasons, malam selepas solat terawih, makcik mesti plan nak berjalan lagi kan..Nak shopping di malam hari.. mana lagi kalau bukan ke Chow Kit. Best apa..masa inilah meriah sakan sebab orang nak sambut raya..Lagipun dari hotel ke Chow Kit, jalan kaki saja makcik..dekat. Balik shopping, kiri kanan penuh plastik di tangan, makcik boleh naik kemudahan awam..LRT ada, Grab ada, teksi ada, bas pun ada. Cakap saja nak balik hotel, mesti sampai ke pintu lobi dihantarnya.

permanently closed grand seasons hotel

Alang-alang dah bermalam di sini, bila lagi nak cuba juadah berbuka puasa kan..setahun sekali saja pun. Tahun ini, Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur menyediakan sajian burokah ramadan. Banyaklah pilihan menunya antaranya:

*SAJIAN BUROKAH RAMADHAN– 2018*

** Asian & Local Salad **

Selected Garden Green Crispy Fresh Lettuce with Some Condiment like Black Pitted Olive, Shave Parmesan, Sundried Tomatoes, Feta Cheese and Onion Pickle, (Salad Nicoise, Tuna Pasta, Potato Salad, Egg Plant and Chili Pepper Salad, Rojak Buah Cucumber, Green Beans, Cabbage, Tabouleh Salad (Cracked Wheat Salad), Thai Beef Salad, Glass Noodles Salad, Chinese Cold Cuts, Squid Salad & Ulam-Ulam)

* Gerai Warisan – Rojak Buahan** 

Seasoned Fruit – Nanas, Manga, Betik, Jambu Air, Seng Kuang, Guava, Yau Char Kuih, Sotong Kembang,

Kacang Halus and Homemade Otak Udang Sauce, Kasturi Buah

 ** Buah Jeruk Tempatan **

Buah Cermai, Buah Pala, Buah Kedongdong, Buah Betik, Buah Mangga

Dried Sweet Sour Pickles in Bottle – 4 Types

 ** Kampung Sungai Pandan – Kerabu **

Comes with Grated Coconut, Bean Sprout, Slice of Red Chilli, Bird`s Eye Chilli, Squeeze of Lime, Chunky Peanut and others Condiments, Kerabu Terung, Kerabu Taugeh, Acar Telur Puyuh, Kerabu Nangka, Urap Sayuran Tomato, Ikan Masin Goreng, Paru Goreng, Sambal Ikan Bilis, Serunding & Acar Rampai, Sambal Belacan, Cencaluk, Budu, Tempoyak, Air Asam & Sambal Kicap

pucuk paku

** Alto Sham 1 **

Lekor Goreng with Chilli Deep – W

BBQ Honey Chicken Wing – C

** Gerai Panggang Kambing Barat**

Roasted Whole Lamb with Condiments

hotel grand seasons permanently closed
Hotel Grand Seasons Preview

** Gerai Ikan Bakar Istimewa**

Cencaru Panggang Daun Pisang Dengan Sambal Udang Kering, Chilli Padi, Garlic soya, Limau Kasturi

** Alto Sham 2**

Fried Crabmeat Roll & Crispy Cucur Udang

** Gerai Warisan Samsul Mee Stall **

Penang Asam Laksa with Condiments

** “Che Fauzi” Sup Stall **

Sup Daging Gear Box with condiments & Ayam Bubur Lambuk

sup gear box

** Gerai Warisan Roti Roti Stall **

Chicken Shawamar with Pita Bread (Machines Display), Hot Plate Grill Murtabak with Condiments – Onion Rings, Vegetable Dhall, Sambal Bawang, Selatan – Grill Roti John with Minced Meat, Pan – Fried Sambal Bilis Toast

** Nagasaki Delight **

Assorted Maki & Fotomaki Roll, Beancurd Rice & 3 Types of Japanese Salad with Condiments

** Live – Seafood Tom Yam Goong – Claypot **

Vegetable – Brassica, Carrot, Oyster Mushroom, Seafood –, Kanistick, Pillow Roll, Brown Sotong, Chicken Ball with Chili Dip, Thai Tom Yam Stock 

**Satu Malaysia – Cuisine **

Ayam Masak Tomato Kacang Peas, Rusa Masak Gulai Pedas Sri Pinang, Ikan Siakap Masak Tempoyak Temerloh, Daging Batang Pinang Goreng Halia, Petola Soo Hoon Masak Lemak Telur Itik Ikan Masin, Nasi Putih, Nasi Briyani

hotel grand seasons review

** Oriental Cuisine **

“Sarawak” Pepper Squid with Carrot & Capsicum, Hawaiian Tutti Fruiti Fresh Prawn, Stir Fried Lady Finger & Carrot with Belacan, Poached Swapper Asam Nyonya with Veg & Tau Pok, Crispy Marinated Chicken Thigh Garnish Pickle Papaya Salad, “Sing Chow” Fried Noodle Fish Cake

** Western Cuisine **

Baked Pumpkin, Potatoe with Bay Leaves & Lemon Infused & Ratatouille Zucchini with Thyme

** Gerai Muhibbah – Nasi Kandar **

Mamak Curry Ikan Bawal Bendi, Ayam Masak Curry Kentang Utara, Nyonya Daging Dendeng Rendang Hijau, Gulai Ikan Keli Salai Minang, Mutton Masak Kuzi Kampung Tebrau, Sauté Long Bean, Carrot Fish Cake, Vegetable Egg Foo Yong, “Signature” Crispy Fried White Prawn, Nasi Briyani Gam Ayam,

Harga Bufet Ramadan Grand Seasons
Harga Bufet Ramadan

** Thai Stall **

Som Tam & Pulut Mangga, Tab Tim Krop, Thai Sweet

** Gerai Warisan Barat **

Waffle – Mixed Flour – W/P

Compote – Pineapple, Longan, Peach, Fruits Cocktail, Blueberry, Whip Cream, Kaya

Video : Klik SINI

** Dessert **

Ice-Cream, Wajid, 2 type Homemade cookies, Assorted Cakes & Pastries, Assorted Fruits, Kuih Bahulu, Aneka Kuih-Muih, Buah Kurma, Assorted Cookies, 3 Types of Pudding, Agar – Agar, Cendol, Fruits Cocktail, 3 Special Ramadan Feature Cake, Chocolate Fountain, 3 Types of Bubur (Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pulut Hitam, Pengat Ubi, Pengat Jagung,Bubur Cha-Cha, Bubur Sago Baloi, Bubur Labu, Pengat Pisang, Bubur Barli)

lemang
kuih tradisional
grand seasons hotel

Banyak tak menunya?

Terlarat tak nak rasa semua menu tu. Mesti laratlah, hari ini menu yang itu..esoknya menu yang lain pula…Makcik kena stay lah beberapa hari…1 malam mana cukup makcik. Jangan risau makcik, hotel Grand Seasons tak akan mengecewakan makcik tau. Saya pernah berbuka di sini, tak tahu juga nak pilih yang mana sebab terlalu banyak pilihan makanan yang ada. Tahun ini, saya nak pergi serang gerai nasi kandar..memang terbaiklah.

Harga Bufet Ramadan?

Harga pun murah, tak cecah RM100 pun satu kepala. Walaupun zaman serba serbi harga naik, hotel tetap bagi dengan harga yang berbaloi lagi. Tak percaya ke makcik? Saya tampalkan sekali banner harga bufet ramadan ini sekali yer. Murahkan.

Makcik nak harga lagi murah ke? Beli early bird voucher mulai 16 April hingga 13 Mei, dapat special harga RM75.00 satu kepala. Makcik nak tunggu apa lagi, call lah buat reservations di Seasons Coffee House at 03 2697 8888 ext. 8819 / 8818 or e-mail fb@grandseasons.com.

Tagged : / / /