Birthday Adik Manja Hari Ini

Happy Birthday Kak. ‘Kak’ nama panggilan untuk adik manja MamaEma. Dari kecil memang manja sangatlah…selalu demam sebab tak ngam dengan nama sebenar. Last-last, tukar nama panggilan kepada Fatihah, barulah okey. Nak tukar nama pada IC lecehlah kan. Ustaz pun cakap, cuba tukar nama panggilan dulu..

Bila dah besar panggil nama Fathira. Dah tak demam-demam. Tapi kami adik-beradik panggil “kak’ biarpun dia adik bongsu dari satu abah dan satu mom. Manja-manja dia pun, hati paling keras antara kami 3 beradik. Hahaha. Yang paling garang si angah, yang sulung paling baik gitu…siapa? MamaEma lah…Kalau dua beradik baca ni pasti dia cakap..ala along tu yang paling slow.

Majlis Kecil Disambut

Dah besar panjang, bini orang pula tu, mama orang pun.. tak adalah nak sambut besar-besar. Sekadar titipan doa untuk adik manja MamaEma ni. Tapi, malam tadi ada dihantar whatsapp gambar sepotong kek. Sambil makan-makan colek bulan Ramadhan ni. Asyiklah kena tinggal MamaEma..

Apapun, MamaEma doakan semoga adik MamaEma iaitu Emma Fathira diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang meluas dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan. Happy Birthday Adik Manja. Hadiah klim tahun depan..Sebab tahun ini kita berpuasa..

Tagged : / /

Celebrate Birthday Girl at Tokma House

My birthday girl.  Kali ini sambut di rumah tokmanya. itu permintaan dia sendiri. sebelum ini dah pernah buat di sekolah dan di rumah. sambut pun simple saja, janji ada sebiji kek untuk dipotong dan dimakan.

Kek yang simple saja.

Birthday Cake

Di kelilingi oleh kazen azwa..sorang kazen (amsyar) yang tak dapat datang…belah keluarga mertua kazen azwa semua lelaki…belah keluarga ema kazen azwa semua perempuan…so, hanya si aqeel je yang lelaki.

Kebetulan kazen azwa si aleeya dari kelantan pun ada datang KL.

Birthday Girl

Majlis yang simple tapi yang penting azwa suka.

Kini my birthday girl Azwa Safriena Binti Mohd Hairi si Puteri yang Cerdik dah berusia 6 tahun.

Semoga Azwa Safriena membesar dengan sihat, belajar rajin-rajin, hormat orang tua.

YA ALLAH, semuga anak-anak ku terpelihara dan jauhilah mereka-mereka semua dari perkara-perkara yang mungkar.

Turn kakak dah lepas, turn si adik lagi 2 minggu.

Tagged :

Birthday Girl

Birthday Girl.  Tepat jam 12:00 malam ini maka genaplah umur azwa safriena 6 tahun

Happy Birthday My Girl

Mama doakan kamu menjadi anak yang solehah, cerdik pandai, dan kesihatan yang baik sayang.

We all sayangkan kamu…biarpun kami ada marah kamu..

Mama buat entri ini, kamu dah lena tidur.

Apa yang kamu inginkan..INSYAALLAH mama tunaikan esok.

“Mama, kakak nak kek dan buat kat rumah tok ma”

Sangat simple permintaan azwa, sekadar sebiji kek dan nak tiup lilin kat rumah tok ma nya…tak ada majlis pun.

Tagged :