Koleksi Raya Tahun Ini

Assalamualaikum. Nak create satu-satu entry pasal raya nanti boring pula kan.. So, MamaEma masukkan gambar-gambar raya dalam post Koleksi Raya Tahun Ini. Untuk kenangan kami sekeluarga nanti. Selesai raya pertama #TeamRayaKelantan, esoknya raya ke Terengganu, ke rumah abang my mom…satu-satunya adik beradik lelaki belah mom.  Raya kedua terus sedondon kami 4 beranak…Hahaha..Thanks mom, belikan kain untuk kami.. Tahu-tahu hari raya, ada baju untuk kami..

Kawan Datang Raya

Seorang kerja di KL, seorang kerja di Putrajaya, bukan main susah nak jumpa..tapi hari raya dapat jumpa..Walhal seorang di Kelantan, seorang di Terengganu..Thanks kawan, sudi datang ke teratak keluarga mertua ku.

Raya Rumah BFF

Masih layak ke dipanggil BFF ni?..Dah bertahun tak jumpa my BFF ni, kawan sejak zaman sekolah rendah lagi.. Kawan yang banyak menolong waktu susah.. Kawan yang memahami kita, kawan yang menyimpan seribu kenangan. Walaupun beberapa kali balik Kelantan, tak berkesempatan nak jumpa dia… Dan raya tahun ini, akhirnya dapat pergi ke rumah dia.. Keluarga MamaEma pun semua rapat… Punya dah lama tak pergi rumah BFF ni, sampai sesat… Maafkan saya, sayang awak dunia akhirat.

Baca: Orang Kelantan Suka Berniaga

Orang lain semua melawa dengan baju raya..MamaEma? Dengan t-shirt saja.. Lagi class kan..hahaha..Apapun terima kasih my BFF… Owner Orchid Studio..

Riadah di LA Hot Spring..Raya lah kita

3 hari raya pun dah cukuplah kan..So, dah alang-alang cuti panjang, sebelum balik KL sempat pergi mandi di LA Hot Spring.. Kasi surprise sama anak buah dan angah.. Birthday anak buah 30 June dan angah 1 Julai..

Time ni kesian kat Aqeel..semua seronok mandi air sejuk air panas..tapi Aqeel cuma nak baring saja.. Dia demam.. Paksa dia mandi air sejuk, untuk sejukkan badan yang panas tu..sampai nangis-nangis kena paksa… Alhamdulillah, sebelum balik KL dah kembali sihat… Tahniah abang Aqeel..dapat habiskan puasa sebulan.

 

 

Tagged : / / / /

Sedih Raya Tahun Ini Tanpa Bergambar Dengan Abah

Assalamualaikum. Tahun ini tak ada gambar raya bersama abah. Agak terkilan juga. Tapi, tetap dapat bersalam tangan dengan abah di rumahnya. “Maafkan Along, Abah”.  Sebelum raya, dapat bersua dengan abah. Abah datang hantar itik ke rumah mom dan ambil sandal raya yang MamaEma belikan. Suka abah dapat sandal capal.

#TeamRayaKelantan

Selepas selesai beraya belah keluarga mertua, balik rumah mom beraya dengan keluarga MamaEma pula. Sampai di rumah mom, abah dah balik rumah dia.. nasib sempat beraya dengan adik-adik MamEma dulu. Ginilah kami, pantang nak bergambar. Tepi tangga pun jadi. Makeup pagi raya bersama calitan Foundation C3..tahan lama…tidak bercapuk. Anak-anak saudara MamaEma kat sini pun dapat duit raya dengan cabut undi.. sambung balik kekecohan..

Nampak kami macam 4 beradik tak? Semua penangan Foundation C3 tau.hahaha, sempat promote lagi. Tapi benda baik, tak salah nak share kan..Alhamdulillah, walaupun mom dan abah dah berpisah, masa raya abah datang rumah mom untuk kami adik beradik beraya bersama.. Dapatlah abah merasa makan nasi dagang, nasi impit, itik kerutuk pada pagi raya..sebab masakan mom memang terbaik sangat.

Sambung lagi beraya…Petangnya, beraya pula ke rumah atok belah mertua.. sampai rumah atok, tak ramai orang. sebab dah petang, anak-anak atok dah balik rumah masing-masing. Tapi cicit-cicit atok, memang lasak bermain kat luar..

Korang punya raya macam mana? Beraya di rumah siapa? Rumah mertua atau rumah sendiri? Orang cakap beruntung kahwin dengan orang sama negeri..Yea lah, raya pertama dah dapat beraya dengan kedua-dua belah keluarga. Apapun semua itu adalah jodoh masing-masing..Alhamdulillah.

 

 

Tagged : / / / / /

Team Raya Kelantan. Tema Raya Tahun Ini.

Assalamualaikum. Tahun ini team raya Kelantan. Ala, tak pelik pun. Memang setiap tahun akan beraya di Kelantan. Walaupun setiap tahun beraya di Kelantan, tapi ini first time pagi raya beraya di Machang, Kelantan. Belah keluarga mertua. Tahun ini, semua adik-beradik Mr.Ery beraya bersama.

Balik Kelantan ikut laluan alternatif sendiri.

MamaEma bertolak balik ke Kelantan hari Jumaat tengahari dua hari nak raya. Hari Khamis lagi, jalan dah mula jem.. makanya hari jumaat pun jalan masih jem. Disebabkan tak nak rasa nazak jem, kami ikut laluan alternatif sendiri. Walaupun jarak kilometer bertambah, tapi ianya tidak membosankan.

Laluan alternatif, kami ikut highway ke arah utara. Masuk jalan Duta..masuk highway..keluar Slim River. Kenapa keluar Slim River? Selepas Slim River, ada traffic sebelum Tapah. Dari Slim River pergi ke Sungkai pergi ke Tapah naik ke Cameroon Highlands.. siap berhenti shopping sayur dan buah Strawberry yang memang murah harga..turun ke Lojing.. jumpa Gua Musang…dari Gua Musang ke Kuala Krai, sekali lagi masuk laluan alternatif ikut Mengkebang… dan selamat sampai di Machang, Kelantan dalam masa lebih kurang 8 jam dengan bayaran tol RM13.20. Sepupu gerak jam 5.00 pagi ikut jalan biasa, sampai di Machang jam 11.00 malam. Kesian, jem teruk di highway Karak dan highway baru Merapoh-Lipis.

Pagi Raya Pertama

Kecoh betul pagi-pagi raya dengan gelagat anak menantu dan cucu semua. Nak siapkan anak-anak, nak menggosok baju raya lagi..nak pergi sembahyang raya lagi..nak makan lagi.. time ni si Ayra pula tak berapa sihat. Sembelit. Selepas masuk ubat dalam punggung, barulah okey. Anak-anak dah melawa dengan baju raya, ada pula yang mood tak baik.. Biasalah dah dipaksa bangun awal pagi.

Cucu-cucu Haji Haris dan Hajah Maimunah

Selepas sembahyang raya, barulah boleh nak bergambar sekeluarga. Itupun huru-hara jugalah. Walaupun semua anak menantu pagi raya di Machang, Kelantan tapi tetap tak cukup korum. Seorang menantu tak balik beraya..offshore.

Keluarga Mertua
Beratur salam duit raya

Tema Raya Tahun Ini Warna Brown

Alhamdulillah, dapat juga sediakan baju raya anak-anak ikut tema. Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang perlu berjimat cermat. Terasa sangat dengan perbelanjaan sekarang. Baju Melayu Mr. Ery dan Aqeel beli sedondon dengan harga tak sampai RM130 untuk dua pasang.  Samping dan songkok pakai yang sedia ada. Baju anak perempuan, dari lebihan kain raya MamaTok tahun lepas, yang jahit TokMa. Belikan mereka skirt saja. Baju MamaEma pula kain pasang batik, hadiah dari Mr.Ery sempena hari lahir MamaEma tahun lepas. Upah jahit di kampung. Tudung pun pakai yang sedia ada.

Minggu ini masih mood raya lagi kan. Dah masuk kerja, masih bermalasan nak buat kerja. Dan hujung minggu ini juga mesti penuh dengan jemputan open house. Yea tak?

 

 

Tagged : / / / / / / /

Sepupu Open House

Raya ketiga baru bersemangat nak beraya. Mood pun kembali ceria. Aku malas nak fikir pasal kena tipu. memang dah terkena pun. duit customers pun dah ganti balik. Memang tidak sekali aku halalkan duit yang mereka tipu itu. Terima kasih pada suamiku mr.ery dan keluarga yang banyak support aku.

Open House

Marilah kita beraya dengan hati gembira, baru nak update hari ini dah raya ke berapa? Beraya di rumah k.long (sepupu) dekat Pasir Puteh juga.

openhouse artis15

Aku dan angah pergi satu kereta. Adik perempuan bongsu dengan mom pergi kemudian tapi ‘anak butir’ angah (anak adik perempuan bongsu) ikut sekali. Anak butir angah yang pakai baju gaun warna hitam tu namanya Balkis. Bekeng-bekeng cikngah dio, anak sedara semua nak ikut cikngah. Kalau kena tinggal dengan cikngah, selok nangis si Balkis ni.

 

openhouse artis10

Raya ketiga dah tak ayu dengan baju kurung. Terus pakai seluar senang nak langkah panjang. Masa ni kakak azwa tengah merajuk. Merajuk pasal apa dah tak ingat. Pandang kamera pun tak nak… si Ayra tak pandang kamera bukan merajuk yea.

emarieys.com | openhouse cousin

Keciknya dunia ni, kakak Azwa jumpa kawan satu kelas kat rumah sepupu ni. Terus hilang merajuk dia. Sepupu punya suami buat open house sekali dengan reunion sekolah.

 

openhouse artis08

Beraya rumah k.long buat macam rumah sendiri pula. Dulu-dulu kat sinilah kami tiga beradik tumpang tidur. Ada kisah sedih di sebaliknya. Tapi biarlah ia jadi kenangan kami tiga beradik ni.tetiba teringat.

 

openhouse artis04

openhouse artis02

Mr. ery pun sempoi juga baju raya dia. t-shirt yang dipakai hari-hari dengan pelikat pants dari Pelikat Mama. Aku tempahkan sekali untuk Aqeel warna dan pattern yang sama. Boleh tempah ikut ukuran yang kita mahukan.

openhouse artis05

Kami tiga beradik yang pantang nak bergambar. tapi ada pula yang menyengih si Balkis ni menyelit sekali.

 Mom yang muda jelita sokmo.tak gitu?

openhouse artis16

Lena si Ayra tidur lepas dah membuang.. orang bising sekeliling pun tak sedar-sedar. penat beraya.

 

openhouse artis12

Mana satu mak mana satu anak ni? Hahahaha kami selalu perli si adik bongsu aku ni..badan dah dipam-pam berisinya. Itulah kerja banyak tidur dan makan sangat.

openhouse artis07

 Raya belum habiskan…banyak lagi jemputan open house menyusul.

 

Tagged : / / / / /

Family Raya 2015

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

artis beraya10

Macam mana raya korang? Layan kat facebook macam-macam fesyen dan tema warnanya. Aku tak nak kongsi kat fb, nak kongsi kat blog je. Tema pilihan kaler purple gelap. Inipun last minute cari. Mr.ery plan nak pakai jubah tapi aku yang suruh beli sepasang baju melayu biar sama dengan anak teruna. Nak sedondon bukannya selalu, setahun sekali je. Baju jubah kakak dan ayra aku beli online. Yang jadi kaler purple sebab baju jubah untuk Ayra warna biru pink tak ada. Aku punya baju, MIL yang jahitkan, nak pakai raya kedua terpaksa pakai raya pertama.

Moody Di Hari Raya

Kalau korang perasan, aku punya gambar raya langsung tak bermaya. Memang tak ada mood nak raya pun. Seminggu sebelum raya aku kena tipu hampir 4 ribu oleh seller online. Terpaksa aku refund duit pembeli. Dalam pada aku wujudkan group whatsapp untuk refund, ada juga yang mengambil kesempatan. Dugaan di bulan puasa tapi aku belajar dari kesilapan.

artis beraya02

Raya kali ini bermakna bagi kami tiga beradik sebab ada abah beraya sekali. Aku pun tak tahu apa yang sedih sangat abah masa ni. Mungkin gembira tengok kami berkumpul. Kebiasaannya aku dan adik-adik akan pergi rumah abah selepas sembahyang raya. Tapi abah yang suruh kami tunggu saja kat rumah mom. Abah dan mom dah lama berpisah, abah dah kahwin lain mom pun dah kahwin lain.. abah masih ada isteri cuma mom ibu tunggal selepas bapa tiri meninggal hari raya haji tahun lepas.

artis beraya06Masih berair lagi mata abah menahan sebak. dalam sedih ada gembira.

raya kelantan

Nampak aku lebih tua dari mom..huawaaa nak nangess.

artis beraya17

Juadah pagi raya pertama mom buat nasi impit dan tempah roti jala. Yang menolong mom adik perempuan bongsu aku. Tahun ini aku lepas tangan sebab malam raya baru sampai Kelantan.

artis beraya13

artis beraya20

Jubah Ayra ni dah tak boleh pakai walhal size 6 bulan ke atas dah aku ambil. Bila pakai dah macam balut nangka. Nasiblah kainnya jenis memeri.

Bersalam-salaman minta maaf tak sampai sejam gaduh balik dua beradik ni. Baru teringat duit raya untuk anak-anak tak bagi pun lagi. Tak bagi pun tak apa. Kakak Azwa klim nak kasut roda sebab puasa penuh. Yang abang tak kisah pun sebab memang langsung tak berpuasa.

artis beraya18

Orang bising bergambar sana sini, si kecik Ayra sedap jer tidurnya. Inilah kami satu keluarga Anak Menantu dan Cucu.

Tagged : / / / / / / / / / /