Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung

Air Tuak Kampung Kulim, Pasir Puteh. Setiap kali balik Kelantan bulan puasa, memang akan cari air tuak kulim kak dah ni.  Beza sangat dengan KL, plastik cinonet jual dengan harga RM5 sebungkus itupun campur, tapi air tuak Kak Dah Kulim plastik besar penuh ni RM9 saja di bulan puasa. tapi kalau hari biasa harga RM7. Memang puas hatilah minum.

Air tuak kelantan

Aktiviti DI Kampung

Aqeel ni, suka kejar ayam. Hari tu, tok bah dan tokma nak sembelih ayam kampung. sekali dia laung “janganlah tok bah, ayam pun nak hidup juga”. Tetap juga tok bah sembelih tiga ekor ayam kampung. Aqeel lah yang angkat ayam bawa ke dapur. berani sungguh. Bila tanya adik nak makan tak ayam ni…terus dia cakap tak nak. Dialah yang sibuk nak buang bulu-bulu ayam.

Ayam sembelih Sembelih Ayam

ayam kampung

Raya kedua, adik bongsu buat mee kari. first time, dapat rasa masakan dari adik bongsu. Biarpun pergi beraya di rumah adik, tetap juga tak bergambar dengan adik. Itu yang rasa ralat sikit.

open house

Ada yang tegur aku kurus dan apa rahsianya. Aku sendiri tak tahu jawapan yang pasti. Mungkin masa bulan puasa, waktu berbuka aku tak makan nasi terus. hanya jamah kuih dan air. Lepas terawih, rasa lapar baru makan nasi. kalau tak lapar, jumpa sahurlah baru makan nasi. Sekarang kuruslah, tunggulah beberapa bulan nantii….

Tagged : / /