Shooting Produk C3 Cosmetic Keluaran Beauline Cosmetic, Bukan Senang Nak Beraksi Depan Kamera

Memang bukan mudah untuk beraksi depan kamera. Di belakang kamera bukan main lagi menghafal skrip, tapi bila dah berada depan kamera..cakap sepatah dua terus lupa..lepas itu, orang yang dirakam kamera pula cakap “cut”..hahaha.. nasiblah bukan live kan.

C3 Cosmetic Shooting

Malam itu, empat beranak bersolek kemain lagi untuk shoot produk C3. Produk C3 keluaran Beauline Cosmetic terdiri dari Flawless Foundation, Lipsmatte, Minyak Wangi Lelaki, Minyak Perempuan dan Glowing Spray. Orang yang dah kenal aku, memang tahu aku jenis yang tidak bersolek beria, cukup sekadar pakai bedak dan lipstick. Tapi untuk photoshoot kali ini, terpaksalah bersolek lebih sikit.. Mr. Ery pun terkejut..tengok bini dia melawa…eh terpuji jer.

C3 Production

Melibatkan produk C3, aku biasanya di belakang tabir, sekali sekala timbul up status di laman sosial kenalkan produk. Foundernya orang sebelah aku ni. Itu pasallah ada yang komen “kenapa adik lagi lawa”.. aku pun jawab sebab itu dia jadi founder. hehehe

C3 Production

Adik-adik dan my mom, beraksi depan kamera perkenalkan setiap satu produk dan kelebihannya, aku seorang yang tak buat. Bagi kat diaoranglah, aku failed bab bercakap depan kamera yang merakam. Keluar suara lain, rosak pula shooting ni.

C3 Production

Masa ini tengah hafal skrip lah konon.. boleh ingat ..bila masa merakam, cakap sepatah dua…terus “cut”.. eh, boleh pula diri sendiri cakap “cut”. Aku kat belakang ketawa jer lah…hahahaha… bila my mom punya turn, si angah pula mencurah-curah bagi point untuk bercakap..dan time dia depan kamera..”lupa terus”

C3 Production

Beauline Cosmetic

Ramai yang terkeliru sebenarnya, antara C3 dan Beauline Cosmetic. C3 adalah nama jenama produk manakala Beauline Cosmetic adalah nama syarikat. Penat juga menunggu untuk siapkan shooting ni. sampai terduduklah aku bawah ini. Yang tambah melambatkan lagi bila asyik orang ketuk-ketuk pintu nak masuk tengok..pastu yang merakam tu cakap “biasalah, bila ada yang cantik-cantik dalam ini”.. ermm…ada maksud tersendiri tu.. agak bahaya juga dengan orang production ni kan..seramlah pula.

C3 Production

Tahap kebosanan yang melanda.

C3 Production

Di belakang tabir…

C3 Production

Jam 11.00 malam selesai shooting, 3 jam jugalah…Perut dah tahap kebulur sangat, terus pergi makan nan tandoori tempat kegemaran my mom dengan arwah ayah tiri..area  gombak. Bila empat beranak berjalan sama dengan baju sama, semua tengok…teknik marketing percuma.

C3 Production

Sama-samalah tunggu hasilnya, BERHASIL atau TIDAK BERHASIL. Yang penting dah berusaha. Bukan senang untuk menjadi seorang usahawan yang setiap perniagaan ada persaingannya. Yang penting kita bersaing dengan sihat.

C3 Production

Memang sedap nan tandoori..patutlah menjadi tempat kegemaran my mom, walhal mom pun bukan jenis yang boleh makan di kedai mamak.

C3 Production

Rakaman ini akan keluar di TV Wanita page dengan #1juta . Sama-samalah doakan, agar perancangan untuk keluar di siaran TV Astro akan tercapai hendak-Nya. Semoga produk C3 ini dikenali di seluruh negeri dan orang akan jatuh hati dengan produk C3 selepas mencubanya.

 

Tagged : / / / /

Foundation C3 Calit-Calit Terus Cantik Dari Beauline Cosmetic

 

Orang perempuan yang malas-malas nak touch-up makeup, pakai foundation jer lah. Sekarang memang banyak foundation ada di pasaran. Mana-mana yang sesuai dengan kulit itu yang korang pilihkan. Tapi nak jumpa yang sesuai dengan kulit sanggup ke berhabis duit beli produk semata-mata nak test kan.

 

Flawless Foundation C3 Dari Beauline Cosmetic.

Kenapa pilih C3? Apa kelebihan pada foundation C3 nie. Ini kelebihan bila pakai foundation C3.

  • Membantu tutup parut jerawat, jeragat serta tona warna kulit tidak sekata.
  • Membantu mengawal kadar minyak pada wajah
  • Tahan selama 10 jam
  • Tidak melekit
  • Tidak melekat pada tudung sebab meresap terus pada kulit
  • Tahan selama 10 jam
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mudah dicuci
  • Sangat ringan dan mudah digunakan serta tidak bertompok
  • Satu bekas tahan 4 hingga 5 bulan

 

Setakat hari ini, foundation C3 cuma keluarkan bekas yang beratnya 10gram (gambar sebelah kiri), dan akan datang akan keluarkan dalam bekas yang beratnya 5gram. Orang akan tengok pada gambar, macam kecil. So, MamaEma letakkan beza botol antara 10gram dan 5gram. Barulah dapat buat perbandingankan.

 

 

Ada juga yang pertikaikan isi foundation sikit. Itu adatlah orang akan pertikai bila tak nampak dengan jelas. Di sini, MamaEma buktikan isi  dalam bekas yea. Isi pun penuh bukan separuh sepertimana yang diwarwarkan.

 

2 botol warna yang berbeza

2 botol warna yang berbeza iaitu warna silver dan warna gold. Tak ada perbezaan ketara pada isi foundation C3. Yang mana berkenan botol warna gold, ambil gold, yang mana berkenan botol warna silver, ambil silver. Cantik di mata pada warna botol, itu saja sebabnya.

 

 

Konsep Beli 1 percuma 2

Yang bagusnya, setiap pembelian foundation C3 akan diberi 2 gift secara percuma. Contoh : span,eyeliner atau eyebrown. Postage juga adalah PERCUMA. Anda cuma bayar harga pembelian sahaja.

 

 

Testimoni dari pengguna

Kebanyakkan testimoni dari pengguna yang diterima terus berminat untuk menjadi  agent sah foundation c3 selepas mencuba sendiri. Banyak lagi testimoni-testimoni  dari customer yang dah mencubanya. Boleh baca kat SINI.

 

 

Cara untuk dapatkan C3

Bagi orang-orang negeri Kelantan, bolehlah terus ke stokis Beauline Cosmetic di Bangunan Mara, Pasir Puteh, Kelantan atau layari laman web . Bagi negeri-negeri lain, boleh contact terus agent-agent sah yer. Agent-agent sah boleh dapatkannya di SINI.

Agent sah Kuala Lumpur, boleh contact MamaEma. Mari sini MamaEma kasi calit sikit.

 

Tagged : / / /