#tag saya jual

Fuh, akhirnya habis semua 72 entri dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 telah saya tekan google plus G+ dan tinggalkan komen. Tinggal satu lagi blog belum baca sebab semalam blog yang ini under maintenance. Semuanya mempunyai kreativiti sendiri dan idea yang bernas.Syyyh, bos tak ada, saya diam-diam ambil masa baca semua entri korang tau. Dan terpaksa hari ini buat entri agak lewat.

Korang ada akaun Instagram (IG)? Apa yang korang suka tengok kat IG? Saya suka tengok Instagram (IG) kawan-kawan, orang berniaga dan artis. Banyaklah juga saya follow IG artis cuma artis je yang tak follow IG saya. hehehehe.

Saya perhatikan bila seseorang artis tu post gambar pada IG, dalam masa beberapa saat memang dah berpuluh komen ada. hebatkan. Tapi yang masalahnya, banyak komen yang tak ada kena mengena dengan gambar pun. Kebanyakkan yang tinggalkan komen untuk menjual produk jualan.

Instagram Nabila Huda

Manalah tuan empunya IG tak mengamuk, bila komen yang diterima beratus-ratus langsung tak ada kena mengena dengan gambarkan.

Nak cari pembeli melalui IG senang. Bagi saya, salah satu cara dengan menukarkan nick name dengan nama produk jualan dan anda komenlah kat mana-mana IG, pasti akan ada yang klik nama nick name tu. Ataupun buat GA dan SHARE.

Pening tengok #arianarose kat IG penuh dengan produk jualan. Daripada pening tu baik korang klik nombor 44 kat SINI dan kat SINI ada juga faedahnya. Eh, apa kena mengena pening #arianarose dengan korangkan…hanya saya sorang yang layan…hehehehe.

Tak silap, bakal ada judul lagu #TAG tak lama lagi.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE