Ikut Rombongan Sekolah Anak

Ini kali kedua pergi Pusat Sains Negara. Kalau tak ada rombongan sekolah pasti tak sampai-sampai lagi di sini. First, ikut masa kakak Azwa umur 5 tahun, kali ini ikut Aqeel. Dengan dah berbadan dua, malamnya baru sampai dari johor terkedek-kedek nak ikut sekali. itupun last minit bagitahu cikgu. Kakak Azwa boleh harap masa dia tadika, tapi anak jantan ambo ni, kena tengok-tengoklah.

Melawat Pusat Sains Negara.

Terdongak-dongak tengok ikan kat atas tu. sampai mak-mak pun dongak sekali. Yealah jarang-jarang tengok ikan besar ni.

pusat sains negara

Biasa memang ramailah buat rombongan sekolah hujung-hujung tahun. Ada yang datang dari Kemas Terengganu. Jauh tu. Ada juga dari pelajar sekolah menengah… kalau pelajar sekolah rendah atau menengah, fahamlah pasal sains ni kan…kalau sekolah tadika ini, setakat pengetahuan saja…untuk memahami masih belum lagi.

pusat sains negara

Dah tak ada replika dinasour besar kat ruang legar ni…mana menghilangnya?

pusat sains negara

Budak-budak setahun jagung apa tahu benda-benda sains ni. yang mereka tahu, tekan-tekan dan tengok.

lawatan sekolah4

pusat sains negara

Aku suruh Aqeel masuk ke dalam ini, tengok perkembangan bayi dalam perut. Begitulah aku nak terang bayi dalam perut aku sekarang. Tapi dia buat tak tahu, berlari sana sini…isssh, geram. susah nak ajar.

lawatan sekolah2

eksitedlah tengok bola gerak ikut arah angin…tapi bila terang masing-masing tak faham pun.

pusat sains negara

lawatan sekolah5

Kononnya, laratlah nak tarik tali kasi terangkat. ko tu keding dik.

lawatan sekolah6

Datang kawan yang badan semangat sikit, baru terangkat..berpeluh-peluh juga kawannya menarik.

lawatan sekolah7

Tingkat atas dulu kawasan dinasour tapi sekarang dah tukar kepada kawasan penyiasatan pembunuhan.

pusat sains negara

Tak cukup inci lagi nak jadi angkasawan

pusat sains negara

Budak-budak tengah teruja, bila mereka sebut ‘berhenti’,  benda yang abang pusat sains tu pegang pun berhenti. Aku sendiri pun tak pandai sains.

pusat sains negara

pusat sains negara

Nampak pula arnab kat situ. beria-ria lah Aqeel pergi sentuh usap bagai. sepanjang perjalan balik pun dimintanya aku bela arnab.

pusat sains negara

pusat sains negara

Ajak balik pun tak nak haihh. last-last tinggal sorang, baru sedar orang dah beredar.

Ada baiknya bawa pelajar sekolah pergi Pusat Sains Negara, tapi kena berpadanan dengan umur. Kalau umur 5-6 tahun tu, agak mencabarlah sikit sebab mereka tak mengerti sains lagi…tapi sebagai pengenalan serba sedikit dapat juga memberi ilmu. Tanya Aqeel apa yang dia tahu kat sini..jawapannya mudah…‘best mama kalau mama bela arnab, belilah arnab untuk adik”

 

 

Tagged : / / /

Aksi Lucu Hari Sukan Kanak-Kanak Ribena

Sabtu, 24 April bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur diadakan Hari Sukan Tabika Perpaduan Daerah Cheras. Tempat ni dah pernah pergi masa kakak Azwa bersukan dulu, tapi tak tahulah macam tak ingat langsung. Ingatkan dewan ni belaka bangunan PGRM. Rupanya dewan ini dewan badminton seberang jalan dari PGRM. Berpusing-pusing aku dengan kakak Azwa. Dahlah jalan banyak lencongan.

Sukan Tahunan Tadika Perpaduan

Hari Sukan Tabika Perpaduan Daerah Cheras

Sampai sana, majlis perasmian belum mula. Masih menunggu ketibaan VIP.  Kanak-kanak ribena, tengah beratur menunggu. Tak susah pun nak cari kumpulan dari Sekolah Tadika Perpaduan Kamara sebab dah dimaklumkan cikgu team Purple. Nampak belon purple tergantung. kat situlah tempatnya.

Hari sukan sekolah

Lepas bacaan doa, perasmian semua. Persembahan senamrobik dari cikgu-cikgu sambil diikuti pembantu cikgu dan kanak-kanak. Mak bapak pun boleh ikut tapi masing-masing sibuk ambil gambar dan video anak-anak termasuk aku. Aku ada videokan masa tarian Aqeel ni. ikut suka hati dia jer…Ini LINK video tarian senamrobik dia. Buat kenangan aku sekeluarga.

Tarian sekolah tadika

Menyesal tak bawa kamera gedabak. Bawa kamera kompak yang dah nak habis bateri. Handphone pun habis bateri.  Semua kualiti gambar tak cantik.

Kanak-Kanak Senamrobik

LINK ini senamrobik dari cikgu-cikgu

Sekolah tadika perpaduan

Aqeel senamrobik

Sukan Anak-Anak Tadika

Kakak Azwa, dia sangat agresif bila bersukan walaupun masa itu umur baru empat tahun. semua acara dia nak masuk. Tapi Aqeel ini lain sikit. Kurang agresif bab sukan. Itu pasal dia hanya dapat masuk acara sukan terbuka.

Aqeel happy

Acara terbuka seperti berebut gula-gula. Acara yang selalu dia masuk masa hari keluarga. Cikgu cakap, masa latihan untuk acara terbuka acara straw dan getah. Tapi hari kejadian, last minit tukar kepada acara rebut gula-gula.

Acara rebut gula-gula

Mak-mak tak boleh dekat pun masa acara sukan. hanya cikgu dan AJK terlibat saja. Tengok Aqeel, orang semua tangkas rebut gula-gula. Dia rileks perhatikan orang. sampai cikgu bantu dia masukkan gula-gula dalam baju.

 

Aqeel rebut gula-gula

Orang masih berebut dia dah bingkas bangun keluar.

 

Berebut gula-gula

Dapatlah dua tiga jajan dan gula-gula. Sukalah tu boleh makan kan.

 

Aqeel puas hati

Satu acara je yang Aqeel masuk. Aku tengok kanak-kanak lain. Banyak mencuit hati. Sampai ada cikgu jatuh bersama murid gara-gara nak betulkan laluan larian. Budak itu menangis, sebab tangan terkepit celahan kaki cikgu.  Cikgu excited nak menang.

 

Acara gelung

Ada yang jatuh sebab licin. Tapi laju bangun balik. Sebab dengar sorakan cikgu lebih kuat suruh lari..lari..lariii.

 

Anak kecil beraksi

Kenapa ni dik? Mahu gaduh ke? Ini sebab salah laluan untuk pusingan kon. Laluan sebelah-sebelah dekat sangat sampai anak-anak keliru yang mana satu mereka punya.

Acara sukaneka tadika

Ada tu sampai ketuk-ketuk gelung sebab bola tak keluar. Ini LINK video anak-anak ribena bersukan.

Tagged : /

Hari pertama sekolah

Hari Pertama

Walaupun hari ni hari kedua sekolah bermula tapi bagi Aqeel Syafiq ia adalah hari pertama. semalam pergi tadika hanya untuk membayar yuran dan mengambil uniform saja.

Bangun awal pagi sangat mudah bagi Aqeel sebab sudah biasa..kat rumah dialah orang pertama yang akan mandi dulu. “Mama, adik tak nak pergi sekolah, adik nak pergi rumah nenek”. Terpacul dari mulut Aqeel pagi tadi… tapi bila lepas mandi dan pakai uniform terus dia bersemangat dan cakap “macam baju polis”.

 hari pertama

Aqeel baru berumur 5 tahun dan belajar di tadika yang sama dengan kakak Azwa sebelum ini. Kakak mula belajar kat sana masa umur 4 tahun lagi..beza sangat anak perempuan dengan anak lelaki…lebih-lebih lagi si Aqeel ni adik…manjalah sikit.

hari pertama di sekolah

Biasakan Diri

Bila masuk dalam kelas, Aqeel suruh tunggu dan duduk kat kerusi sebelah tu. Tapi dah leka main lego, barulah okey. itupun tak bercakap pun dengan kawan sebelah. nak ambil lego pun hanya tarik bakul. Tunggu kat luar sambil intai ikut tingkap, Aqeel nampak ayahnya..terus laung “ayah balik lambat”…ayat masih lintang pukang lagi..maksud dia minta ayahnya ambil lambat. Harap Aqeel rajinlah nak pergi sekolah.

Tagged : / / /

Majlis Anugerah Cemerlang Dan Majlis Tamat Sekolah

Salam Maal Hijrah

Majlis anugerah cemerlang dan majlis perpisahan sekolah tadika perpaduan.

Inilah majlis yang tak dapat aku pergi gara-gara aku outstation ke Kuching, Sarawak

Thanks to mr.ery yang ambilkan gambar dan video…tapi kualiti video tak berapa elok..

Cuma tempat kali ini dibuat di dalam kelas bukan di dalam dewan seperti tahun lepas…dewan ada orang lain guna…

Tahniah untuk kakak azwa yang berani berdiri di depan orang ramai dan mewakili pelajar untuk menyampaikan ucapan…

Mama pun tak seberani kakak azwa

Sekali lagi tarian zapin dipersembahkan..walaupun dengan keadaan yang sempit dan sesak…

dan sekali lagi tahniah untuk kakak azwa..dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Akademi.

next year..oh bukan..tahun  2014 baru nak hantar si adik aqeel pula..maybe sekolah yang ini juga..

aqeel, belajar rajin-rajin macam kakak azwa tau… umur lima tahun baru mama hantar kamu ke sekolah.

beg untuk kali ketiga dan anugerah untuk kali pertama..

bersyukur dengan pencapaian anak di sekolah dan harap ianya berterusan..

INSYAALLAH

Tagged : / /

Family Day Tadika @ Pondok Mak Lang, Sungai Congkak

Hari Keluarga Tadika

Inilah first time, family day anjuran sekolah tadika perpaduan sejak sekolah tadika dibuka.

Alhamdulillah, perancangan tahun ini akhirnya menjadi..tak ada ayat-ayat yang panjang nak tulis… just nak kongsi banyak gambar kat sini..Layannnnn….

Tempat yang luas dan selesa..sangat sesuai untuk buat aktiviti… nak booked..just call..

 

Tak sah kalau beraktiviti tanpa permainan…antara games yang dibuat oleh cikgu..

Games yang diberi nama musang berjanggut…ala cerita P.Ramlee tu….yang kena asingkan segala benda yang bercampur…cuma tak perlu dimasak jer…

Permainan untuk anak-anak…

Games untuk suami dan isteri… bom beracun namanya… jatuh kalau tak pecah tak dikira..tapi pecah dikira kalah..

Games yang azwa masuk…nangis sebab kalah..haishh….

penat berlari ulang alik demi untuk getah…hehehehe…

Bakar membakar pun ada…gilir-gilir membakar…

selepas penat bermain games dan makan..acara bebas adalah mandi….budak-budak pantang jumpa…

dapat belon hasil aku dan mr.ery main games anggur berantai..sampaikan tiga kali buat..asyik dapat markah sama…last-last kena main games jalan ikat kaki suami dan isteri…

mengalahkan si azwa pula dia berposing..

sebagai pengubat azwa yang kalah….dapat nombor dua games jalan ikat kaki suami isteri..

hoooyeeehhhh!!!!

Terima kasih cikgu!!!!

Tagged : / /