Share Part 1 : Tabiat Tidur

sampai sekarang tabiat ini tak boleh nak tinggal
biarpun kadang-kadang kena marah
sebab mengganggu ketenteraman orang sebelah nak lena

nak tidur..baring atas tilam
mulalah kaki ku bergoyang
tabiat goyangkan kaki sebelum tidur susah benar nak hilang

ingat dulu masa tinggal kat asrama
katil asramakan double decker
dapatlah katil yang tingkat atas punya
adalah kawan yang bising..
sebab katil bergoyang..gara-gara tabiat ku ini

last-last terpaksa tukar katil
kena cari katil bawah tapi katil atas kosong
barulah tak ada siapa kena kacau
lainlah kalau ‘benda’ lain yang tumpang tidur kat atas tu
namanya asramakan…macam-macam boleh berlaku.

masa study kat kuantan dulu
ada yang pelik tengok diri ku time tidur ni

yealah, mata pejam
tapi kaki goyang
sampaikan ada yang cakap ‘eh ema, ko dah tidur ke belum’

kalau kaki masih goyang tu
tandanya tak lena lagi
sedang berangan-angan

kalau goyangan kaki tu dah berhenti
tandanya ku dah di ulit mimpi

tapi kalau dah ngantuk sangat
letak saja kepala kat atas bantal
terus dah tak sedar apaaaa…

korang punya tabiat tidur camana?

About emarieys

Ema has written 1256 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge