Product Review

Susu Ibu Kurang Tip Penyusuan Kepada Ibu-Ibu Baru

Ibu-ibu yang tak dapat beri sepenuhnya susu badan pada bayi akan berasa gelisah dan resah. Dan pastinya akan rasa down sangat bila anak menangis kerana tidak cukup minum susu. Kita sebagai ibu, semestinya mahu berikan susu badan secara terus kepada anak lebih-lebih lagi yang baru lahir.

Tip Penyusuan Kepada Ibu-Ibu Baru

Kepada ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak dan masih belum ada pengalaman penyusuan. Beberapa tip yang MamaEma nak kongsikan.

  1. Selepas melahirkan, bayi perlu diberi terus susu badan. Penyusuan pertama akan menyebabkan luka pada puting-puting dan ia juga akan sakit. Jadi, ibu perlu banyak sabar.
  2. Ibu-ibu perlu berada di dalam keadaan yang tenang semasa penyusuan. Sokongan secara peribadi, profesional, jururawat boleh membantu.
  3. Sekiranya puting pecah-pecah, sapukan dengan minyak zaitun atau susu badan sendiri. Memang sangat sakit. Masa nak suakan mulut anak sampai kacip gigi, tapi selepas anak mula minum, sakit akan hilang. Ambil masa beberapa hari untuk pulih.
  4. Yang penting makan dan minum jangan tinggal. Banyakkan minum air suam untuk meningkatkan susu.
  5. Makan supplement tambahan untuk penambahan susu badan.

Shatavari Ekstrak Asparagus dari Himalaya

Untuk membantu bagi penghasilan susu badan, bolehlah mengambil apa-apa makanan tambahan seperti makanan tinggi protein, kalsium, kurma, soya. Boleh juga mencuba Himalaya Shatavari iaitu ekstrak herba tulen yang berkesan kepada ibu-ibu baru kerana ia membantu dalam mengimbang sistem hormon wanita. Ia menjaga rahim dan ovum dan membentuk penyusuan semula jadi badan.

Kelebihan Shatavari

  1. Shatavari sejenis herba dalam Ayurveda digunakan beribu tahun sebagai satu ubat reproduktif wanita dengan menyegarkan dan memelihara organ pembiakan wanita.
  2. Penyusuan menyokong kepada ibu-ibu baru dengan meningkatkan paras hormon prolaktin.
  3. Membantu mengatasi keletihan, kesihatan mental dan fizikal, menyegarkan badan.
  4. Membantu dalam memulihkan kestabilan hormon wanita semasa dalam pantang.
  5. Menyokong pengeluaran normal susu badan.
  6. Melegakan gejala menopaus.
  7. Menyokong sistem penghadaman dan imun.
  8. Digunakan di India sebagai satu herba yang sering digunakan untuk wanita.

Cara Pengambilan

Satu botol memgandungi 60 kapsul. Satu kapsul, dua kali sehari. Setiap kapsul mengandungi ekstrak 250mg Shatavari.

Hari ini, jenama Himalaya senonim dengan produk herba selamat dan mujarab. Bermula sejak tahun 1930 dan beroperasi dalam lebih 90 negara, dipreskripsikan oleh 400,000 orang doktor seluruh dunia dengan berjuta-juta pelanggan yang mempercayai jenama Himalaya untuk kesihatan dan penjagaan peribadi. Himalaya Global Holdings Ltd. (HGH) ialah induk semua subsidiari-subsidiari Himalaya dan produk mereka boleh juga didapati di:

  1. FB : Himalaya Healthcare Malaysia
  2. Lazada
  3. 11 Street
  4. Farmasi tempatan terpilih sahaja.

 

Disebabkan ianya dalam bentuk kapsul, jadi mudah nak telan. MamaEma memang suka supplement dalam bentuk kapsul berbanding cecair. Penakut ubat? Semestinya tidak. Bukan takut, tapi tak gemar jea. So, yang mana rasa down, rasa sedih, rasa frust tak dapat hasilkan susu badan yang banyak tu, bolehlah cuba Himalaya Shatavari ni. Produk herba yang terbaik dan sangat dipercayai.

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

16 Comments

  1. Kak Nina pun baru cuba ambik Shatavari ni..
    So. Far dah nampak kesan positif.

  2. Isteri pun makan himalaya nie..Alhamdulillah susu banyak kata isteri.

  3. Shatavari mmg terbaik..bila dah try terus jatuh cinta.

  4. Shatavari mmg terbaik..bila dah try terus jatuh cinta.

  5. Mmg bagus shatavari ni. Lepas amalkan dalam ssminggu dah dpt rasa kesannya

  6. Menariklah produk ni, nanti nak cubalah bila dah lahirkan baby.
    mas saari recently posted…10 hari lagi bekerjaMy Profile

  7. Baru jer cuba beberap hari produk ni jugak.

  8. info yang sangat bermanfaat untuk ibu-ibu…
    hiburanpengetahuan recently posted…Kisah Wanita Yang Diceraikan Talak 3 Gara-gara Ibu MertuaMy Profile

  9. Bagus product ni , google pun banyak feedback positif ..
    Qaseh recently posted…Kebaikan Shatavari Himalaya |Punca Rayyan Tolak Susu Formula?My Profile

  10. Bestnya, nak cuba jugalah, sekarang ni production tak menentu nak pula keluar masuk spital minggu lepas
    Ajumohit recently posted…Femilac produk milkbooster berkesan untuk banyakkan susu ibuMy Profile

  11. tunggu fatih dapat adik baru boleh guna ni
    zool recently posted…Ambil Bapa Pulang dari Hospital Oriental, Main Bola Padang, Buat BBQMy Profile

  12. Suka produk ni sebab 100% herba ,tak de la bahan2 ngarut masuk dalam badan.
    sueizza recently posted…Milkbooster Shatavari dari Himalaya Wellness : Membantu di kala memerlukan.My Profile

  13. Tip ini juga bagus untuk cuba elakkan masalah kuning pada bayi. Kerap bagi susu badan dan jangan selalu biarkan bayi tidur (tanpa bagi susu).
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Manna Ameer Bukan Ubat Rawat PenyakitMy Profile

  14. boleh la nnt Ty rekemen kt kengkawan…
    Yanty Lee recently posted…Lavender Ice CreamMy Profile

  15. pengalaman masa nak susukan fariza memnag struggle..alhamdulillah sampai sekrg dia masih menyusu badan..harap lepas ni adik dia pun nyusu badan..kena amik shatavari ni
    nadia johari recently posted…DEODORAN NIVEA PROTECT & CARE : PERLINDUNGAN BERPANJANGAN DENGAN PENJAGAAN KULIT YANG LEMBUTMy Profile

  16. Lin pun dah amik shatavari… best. Anak susu pun nampak kenyang je…
    allene recently posted…Shatavari herba untuk tambah susu ibuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge