Loading...
Food Review

Surya S Great Grain Menu Sahur Paling Simple Disediakan

Sahur…Sahur…. Apa!!! Dah nak raya.. cepatnya hari-hari berlalu. Dah hujung-hujung puasa ni, kadang-kadang boleh terbabas waktu sahur. Tak terbangun sahur kan, risau tak bermaya pula nak berpuasa. Paling kesian anak-anak lah. Nasib baik ada Surya S Great Grain kat rumah. Menu sahur paling simple dan senang nak disediakan.

S Great Grain Mengandungi 18 biji bijirin

Mengenyangkan. Dengan adanya 18 biji bijirin terdiri dari beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel apricot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut. Sebab itu warnanya pink. Rasa pun sedap. Aku yang jenis memilih bab minuman pun boleh minum. Walaupun warna pink, ia tidaklah manis dan tidak juga tawar.. seakan makan oat.

Tambahan 5 jenis makanan sunnah seperti habbatus sauda, zaitun, delima, buah tin dan juga madu dan dilengkapi dengan set nutrien komprehensif termasuk protein, karbohidrat, serat makanan, vitamin dan antioksida mampu memberi tenaga sepanjang berpuasa. Korang sendiri pun tahu kan kelebihan yang ada pada makanan sunnah ini.

Penyediaan S Great Grain

Memang sangat mudah penyediaannya..sebab itu jika dah hampir habis waktu sahur tidak perlu risau sangat yang mana tak sempat nak panaskan lauk dan nasi. Dengan adanya S Great Grain ini, hanya bancuhkan dengan segelas air suam. Kacau dan minum. Sesuai juga diminum oleh anak-anak.

Yang paling penting ia semestinya HALAL. So, korang boleh dapatkan S Great Gain ni di mana-mana cawangan Watson, Butik Himalaya, farmasi terpilih ataupun di Shopee.

 

Facebook: https://www.facebook.com/Surya.Malaysia

Instagram: https://www.instagram.com/surya.malaysia/

E-Commerce Shopee – http://bit.ly/SGGShopee

 

Walaupun puasa dah hampir ke penghujungnya, sebaik-baiknya jadikan S Great Grain ini sebagai minuman harian korang. Boleh juga sebagai pengganti nasi…Yealah, kata nak kurus..nak maintain kan berat badan semasa bulan puasa ini.. So, kenalah amalkan.. tak gitu?

 

About emarieys

Ema has written 1216 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE