Salam Semua.

Entry sebelum ini ada bagitahu nak buat surprise untuk kakak azwa sempena hari kelahirannya. Kebetulan pada hari lahir kakak azwa, kami bertolak balik ke Kelantan untuk beraya awal sebab hari raya nanti kami beraya di KL…sedihnyaaa…

Surprise

Ema dah minta tolong dengan adik untuk belikan sebiji kek untuk kakak azwa. Plan awal tak ada pun nak buat surprise sangat tapi malam tu memang buat kakak azwa terkejut.

Kebetulan masa adik sampai rumah mom, Azwa tak ada dengan kitaorang. Dia ada di satu tempat.. Pastu, kami cepat-cepat padamkan lampu dan nyalakan lilin kek…jeng..jeng..jengggg…

IMG_1219_zpsd59749da

Kakak azwa ada kat dalam tu….dalam tandas.. lama tunggu dia nak keluar..sampai kami kat luar menjerit “lama lagi ke kakak, cepatlah kakak keluar..mama tok nak masuk pula” pakai nama mama tok saja-saja untuk kasi dia cepat keluar…hehehehe…sampai nak habis lilin tunggu dia keluar..

Sepupu-sepupu pun beratur depan pintu tandas…dan jangan bersuara.

IMG_1221_zpsd65d4209

Elok dengar bunyi selak pintu dibuka. terus kami “happy birthday kakak” dan menyanyi lagu hari lahir untuk kakak azwa..memang betul-betul buat dia surprise..alahai serabainya birthday girl..tak apalah janji happy.

IMG_1223_zpsba2416ab

Budak-budak pantang nampak kek..sedap ke tak sedap belakang kira. Masing-masing tak sabar nak jamu kek tu..semua sabar menanti dan perhati….

IMG_1224_zps7bbd4f30

Selesai sudah surprise untuk kakak azwa..oh ya, ini kek aiskrim tapi aiskrimnya tak banyak.

IMG_1222_zps30e36d6a

Lagi tiga minggu si aqeel syafiq punya birthday pula.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *