Istimewa Sup Pecah Hulu Langat

As Salam

Errkkkk, Alhamdulillah..dah kenyang ..balik dari Putrajaya singgah ke kedai Asam Pedas Bangi.. tapi tak merasa asam pedas pun.

Perut tengah kenyang tapi masih nak buat entry makan..lagi rasa kenyang.

Kedai Makan Hulu Langat

Cari kedai makan hingga ke Hulu Langat…jauh tau dari rumah ema…selalu makan kat area Bangi dan Serdang…nah, kali ini pergi hingga ke Hulu Langat.

Memang dalam kepala otak tak plan nak makan apa…just drive..lagipun kat tepi-tepi jalan menuju ke air terjun hulu langat ni banyak sungguh kedai makan…

Last-last ternampaklah satu kedai yang berasap….bukan terbakar tapi asap tengah bakar ikan..ikan bakar lagi… dan ada pula banner istimewa sup pecah….sup pecah? sup pecah tu apa?

Inilah rupa sup pecahnya….sup pecah tu nama glamer jer….sup tulang nama asal dia..

Tapi memang sedap sup dia….

Ini tempat bakar ikan..memang open….best bakar ikan pakai arang ni….ikan pun hanya salut garam dan kunyit jer..pastu bakar…pastu cicah dengan air asam dan kicap….ringkas..tapi yang ringkas tu yang sedap.

Kedai kecil tapi ada wifi gitu…

Hah, tengok sedap ke tak sedap..licin pinggan…tersadai tulang…

Kalau ikut selera anak tekak ema dan keluarga memang sedaplah…bayangkan dalam seminggu dua kali ema pergi makan kat sini.

Nak explain alamat kedai tak tahu sangat…tapi kalau dari KL kedai di sebelah kanan..depan ada gerai jual buah…kalau dari air terjun hulu langat kedai mesti sebelah kiri selepas petronas.

Kalau pergi sana…nampak ada asap berkepul-kepul tu..betullah kedainya.

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE