Loading...
Product Review

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Cerah Kawasan Miss V

Pembersih Intim Wanita Sumber Ayu

Kulit di kawasan miss V gelap, jangan risau ada cara untuk mencerahkannya. Satu kawasan sensitif bagi semua perempuan. Walaupun tertutup, tapi perlu ambil peduli. Bagi perempuan sudah berkahwin yang mengalami masalah ini semestinya akan rasa rendah diri dan malu.

Pembersih Intim Wanita Sumber Ayu

Sumber Ayu Pencuci Wanita

Sejak dulu lagi, aku memang pengguna setia Pencuci Kewanitaan dari Sumber Ayu. Aku selalu pakai yang botol jernih dari ekstrak daun sireh. Memang tak pernah tukar pun. Memang best. Cuma kali ini, aku tukar sikit. Aku pakai pencuci wanita dari jenama sama yang mana boleh mencerahkan kulit dan memberi lebih kesegaran di kawasan intim iaitu Sumber Ayu 3X Whitening Pearl White.

Pembersih Intim Wanita Sumber Ayu

Sedar tak sedar warna kulit di bahagian intim berubah gelap. Antara penyebabnya faktor usia, hormon tidak seimbang, berat badan naik, dan memakai seluar terlalu ketat. Bila berat badan naik, paha dengan paha pun berlaga… di celah-celah antara paha dan kawasan intim akan banyak berpeluh dan rasa gatal. Bila asyik menggaru, kulit akan melecet dan keluar bau yang kurang menyenangkan.

Kandungan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White

3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Licorice terbukti berkesan untuk memberikan tona kulit yang cerah kerana ia sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh Yunani dan Mesir lagi. Bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C, ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata sekaligus mencerahkan kulit.

Pembersih Intim Wanita Sumber Ayu

Mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam lingkungan pH normal feminin di antara 3.5 hingga 4.5, untuk feminin berada lebih selesa. Ia juga mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan gatal.

Dengan adanya ekstrak manjakani dan kayu rapet sebagai ramuan tradisional, ia membantu mengetatkan miss v dan memberi keyakinan tinggi kepada wanita moden dan menjadikan perkahwinan lebih mesra.

Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf HALAL

Pembersih Intim Wanita Sumber Ayu

Menarikkan bentuk botol pencuci kewanitaan sekarang, menyerupai bentuk badan wanita. Confirm tak tertukar dengan produk lain. Nak suruh suami belikan pun dia akan tahu.  Ditambah lagi dengan penambahbaikan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Harga? Memang berpatutan dan mampu dibeli. Dua saiz berbeza ini 90ml dengan harga RM9.20 dan 200ml dengan harga RM15.50 sahaja. Pasaraya besar, pasaraya, kedai runcit dan juga farmasi selalu ada jual.

Pembersih Intim Wanita Sumber Ayu

Kepada kaum wanita di luar sana, jagalah kesihatan di bahagian miss v yer. Jangan tidak ambil peduli..kan datang pula penyakit lain. Minta dijauhkan.

 

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE