Tinggal beberapa hari lagi nak raya nya ni. Kalau di Malaysia, dah berkumandang lagu-lagu raya sekarang kan..kat sini, harapkan dengar dari youtube jer lah. Sesambil buat entri, sambil on lagu raya..now tengah dengar “warna warni di aidilfitri”. Tapi tahun ini tidak kira di Malaysia atau di luar akan menyambut dalam keadaan yang jauh berbeza. Masing-masing hanya beraya di rumah sendiri sahaja…tiada istilah ‘balik kampung beraya’.. akibat penularan COVID-19. Ada hikmah semuanya..sama-samalah kita berdoa agar cepat-cepat virus ini jumpa vaksinnya.
Tidak terkecuali di tempat aku mencari rezeki ini juga turut terkesan kerana COVID-19. Presiden Guinea pun telah mengisytiharkan darurat sehingga kini. Tapi darurat tidak sepenuhnya, kedai-kedai makan hanya boleh operasi sehingga jam 6.00 petang sahaja. Setiap bangunan pejabat dan super market perlu sediakan air basuhan tangan, check suhu badan, dan wajib memakai face mask.
Rumah Anak-Anak Yatim di Hafia 2
Bulan Ramadhan ini, berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan berupa makanan asasi bagi anak-anak yatim Hafia 2 dan berkenalan dengan penjaga anak-anak yatim ini memandangkan kami semua adalah team yang baru. Seramai lebih kurang 20 orang anak-anak yatim lelaki dan perempuan yang dijaga bermula umur 2 tahun.
Ada yang tertanya-tanya, apa agama mereka? Majoriti rakyat Guinea 85% adalah Islam.
Tak dapat bayangkan, macam mana mereka tidur dengan ruang yang kecil ini dengan rumah 2 pintu dibahagi sebelah lelaki dan perempuan. Aku diberitahu, jika musim hujan, tempat ini akan ditenggelami air… masa aku sampai pun, jalan berlecak dan sampah dari parit bertaburan.
Kerana anak-anak ini masih kecil, social distancing agak longgar. Apapun kami elak untuk bersalam dan berpelukan.. maafkan kami anak-anak kecil.. demi keselamatan semua.
Alhamdulillah, syukurnya mereka atas bantuan makanan asasi ini. Tak putus-putus ucapan terima kasih dan syukur dari mulut penjaga mereka. Penjaganya yang berbaju pink.
Mereka lebih tinggi dari aku? Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan dijauhi sebarang penyakit.
InshaALLAH, bantuan ini akan berterusan dan kami akan singgah lagi yer.