Sukaneka hari keluarga. Dah rasa segar lepas mandi, bergerak ke padang Gambang Waterpark. Petangnya ada aktiviti sukaneka. Cuaca sana memang panas, nasib baik ada khemah buat berteduh. Bab sukaneka, anak-anak yang excited nak bermain. nak rebut nombor satu dan nak menang dapat hadiah..lebih-lebih lagi anak aku sendiri…tak dinafikan si kakak azwa sorang ni.
Aktiviti Sukaneka
Anak-anak sibuk bermain, mak-mak sibuk bergosip. hahaha…tak habis borak masa berkumpul. dan mak-mak yang kena jaga anak yang kecil. mak-mak juga yang bagi support untuk suami-suami yang bersukan sekali.
Macam-macam aktiviti lah juga. dari anak umur setahun hingga belasan tahun. Kat mana-mana aktiviti, sukaneka berebut gula-gula memang akan ada..yang berebut lebih mak-mak jer.. anak pula macam takut nak berebut kan..nanti dapat sikit. kesian.. ada anak yang tak dapat..memangis pulak.
Si kakak dan abang, aku tak ambil kisah sangat dah. Si kakak tak perlu diajak pun memang dia akan join. lain si abang, nak kena paksa barulah nak join.
Geli mama ko tengok kakak haih… sampai nak termuntah tepung masuk dalam mulut. itulah beria sangat tiup tepung cari duit. dah macam tepung gomak dah mama tengok.
Tengok video kakak tiup belon ni, seriau pula aku..macam nak putus nyawa dia beria-ria tiup belon tu. orang lain tiup sikit lepas tu kepit celah paha kasi belon pecah..puas menjerit kat kakak suruh kepit belon tu. tak dihiraunya…last pecah juga dan dapatlah nombor 3. ehem3x, ada yang nak main tipu tau…ada terekod video…hahaha siapakah itu?
Sukaneka paling kelakar
Sukaneka untuk poksu dan moksu. Moksu sepak bola ke arah gol poksu. yang kelakar moksu sepak bola salah masuk gol poksu orang lain.
Terfikir sukaneka apalah yang nak dibuatnya bila poksu kena pakai kain pelikat @ sarung ni..ingatkan nak jadi ninja ke apa..sekali kena main bola dengan kain pelikat @ sarung. ramai pula yang pakai kain sarung moksu…hahahaha.
pasang strategik ke poksu? kononnya lah.. tapi tak menang pun.
cenonit jer bolanya…ada yang tonggang terbalik sepak bola.
kain batik sarung bini jadi mangsa..nasib tak terlondeh..
Ayra pun behave je walaupun cuaca agak panas.. budak baru belajar nak berjalan.. aku lepaskan dia bertatih atas padang kering tu. bukan main seronok dia..
Esoknya, Ayra kena demam panas..Dahlah main padang di tengah panas. bilik homestay pula tak ada aircond lagilah membahang panasnya… nasib baik dia tak meragam. Ayra anak yang baik… dan semua cakap muka ikut ayah dia..yea ke korang?
Peluh masam dah keluar…malamnya dinner dengan tema retro…
bagusnya…aktiviti cmni boleh eratkan hubungan family…
Husna Rahman recently posted…PERATURAN MEMBENTUK DIRI KITA.
Nama pun sukaneka Ema
Tak kiralah org tengok geli ke apa
Tapi kalau yg sporting dia tak kisah – baru enjoy
Comot ke apa tak jadi masalah:)
Endingnya happy semua.
seronok semua orang, jalinkan ukhuwh gitu
raihanah recently posted…Shaklee Collagen Powder Bukan Sekadar Kolagen
seronoknya tengok macam-macam aktiviti dari anak sampailah orang dewasa, sporting je semuanya
ajumohit recently posted…Demam berulang
Mesti kelakar main bola pakai kain batik….Hah..hah
tu dia.
hari keluarga yang cukup besaq nih.
titan recently posted…Kadang-kadang, bola TAK semestinya bulat.
hmmm lama dah tak pergi gambang waterpark ni. dulu masa duk kat kuantan selalu gak datang sini
explorasa recently posted…7 sebab kenapa aku sebagai penasihat kewangan sangat tertarik dengan skim SSPN-i Plus