Loading...
AzwaSekolah

Kakak Bersukan

sabtu yg lepas…eh..eh..silap.. hari sabtu yg terdahulu lagi… ada satu aktiviti sukan sekolah-sekolah tadika perpaduan daerah Cheras…. so si kakak terjoinlah sama untuk bersukan nie… pepagi dah mamaema hantar ke sekolahnya untuk berkumpul… excited kakak nak naik bas..tak mahu mamanya hantar terus ke tempat sukan tue… so mamaema dengan MIL pergi lewat sikit…

mr. ery tak dapat pergi coz kena kerja… dalam jam 9.30 pagi mamaema sampai ke taman rekreasi (lupa nama)..kat belakang bangunan PGRM, Cheras… sedang elok2 sampai kakak dah get ready nak main.. time nie teringat kembali masa sekolah2 rendah dahulu.. masa hari sukan juga… time mamaema dulu ada rumah hijau, kuning, biru dan merah.. mamaema punya rumah sukan rumah biru… korang ingat tak??..apa korang punya rumah sukan??? sukan apa korang main erkh??…

ok..ok…sekarang kita citer pasal kakak nie bersukan erkh…. time nie kakak tengah beratur dan buat susunan baris bila cikgu panggil nama.. rasanya dalam 10 orang setiap barisan… kakak no.5… diaorang nie semua tengah kusyuk tengok member diaorang sedang nangis-nangis tak mahu join coz ada mak bapaknya…. so cikgu kena cari penggantilah….

sukan tahunan

kakak sedang menahan debaran atau menahan kepanasan nie???… time nie matahari pun dah naik..masing2 dah kelihatan merah padam muka…. baru beratur belum lagi main… sian kat budak2…

si adik nie memang tak boleh nampak mamaema jauh darinya…. memang akan menangislah dia.. buruk muka adik nangis weiii…

selepas dah cukup orang mulalah bergerak ke depan dan berkumpul dekat ngan area acara… so kenalah tunggu lagi coz ada acara lain sedang bertanding.. mula tu ingat kena lawan antara baju hijau, kuning, merah, purple dan biru… rupa2nya ia lawan antara baju yang sama kaler cuma dari sekolah2 berlainan daerah so duduklah korang mencangkung masing2.. mcm kena tahan kat imigresen jea…PATI punya kes….hehehehe

oiit kakak, semacam jea mama tengok gaya kakak nie… jangan keluarkan asap yea kakak… risau mama tengok….

yang nie lagi sorang.. tak senang mama nak ambik gambar kakak… asyik merengek saja… tak mahu dok dengan tok ma nya… merengek coz mahu tidur agaknya tapi keadaan tidak selesa… cuaca panas… sekarang dah pandai panjat2 dari stroller … kan tersemban muka tak pasal2 lah ko adik…

sian betul mamaema tengok… lama betul nak habiskan satu2 acara tue… kakak sangat bagus coz boleh tinggalkan sorang2..dan dengar cakap cikgunya….

masamnya muka kakak… marah kat orang sebelah ke tue?? kakak kenalah standby nie… ello kakak..ello kakak…

1,2,3…GO kakak….lariiiiii
hah, nilah sukan yg kakak main… acara lari dalam gelung agaknya

tengok kat mana tue kakak…tengok kat depan nie…sempat lagi dia tengok orang sekeliling…

masuk2..jangan tak masuk..kalau tidak tak menang….

muka slumber jea tengok…

lari..lari..lari…lari…lari..lari… hah, dah kena potong….

penat jugak weh… semangat sukan..mamaema suker sangat2…

oiit, kepala saper yg rambut jarang nie… kepala sape lagi..kepala si adik la…mahu duduk sorang2 kat atas kerusi..tak mahu dipegang…sudah banyak eksyen adik nie…

hah, tengok mahu berdiri pulak dia atas kerusi tue…yang nie kenalahpegang tangan dia..kan tak pasal2 tertonggeng kat belakang pulak… adik jangan eksyen sangat2 tau…

dah penat berlari..kakak dijamu nasi lemak…sakan benar bercerita kat tok manya… apa yang dicakapkan pun tak tahu..yang pasti dia sangat seronok…

apa tengok2… ada yang tak puas hati ke… atau ada something kat muka saya nie??? ada nasi la kat tepi mulut tue… tak malu minta ngan kakak… kesian laparlah adik nie…

dah habis acara..setiap kanak2 satu acara saja… satu khemah satu team kaler… crowded sangat..dahlah tak ada kipas…nasib tak ada yang pengsan… cikgu sedang membahagi nasi2 lemak…

time nie dah nak balik..so sempatlah amik gambar bersama sepanduk sekolah tadikanya… asalnya tak mahu kakak balik dengan kitaorang..tapi bila di cakap mahu pergi umah cik hasnya teruslah dia setuju…

mamaema tidak sempat menunggu sehingga upacara menyampaikan hadiah coz adik dah start teriak lagi… tiga orang kat dlm khemah nie mamaema tak kenal langsung…maybe ahli jawatankuasa…entah siapa yang akan duduk kat atas sofa biru itu….

dan akhirnya selesailah aktiviti sukan kakak…

nota jari : cuba lagi tahun depan…

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE