Bergaduh dengan laki aku punca tak jumpa cari tempat Suara Rimba Chalet Hulu Langat ni. Klik direction di facebook dia, pakai waze ke google ke memang tak dapat nak cari. Pakai google search taip nama Suara Rimba Chalet keluar Kem Rimba. Stress aku dalam kereta. Dahlah perut tengah lapar.

Kisahnya, team JTM tempat kerja Mr Ery buat family day kecil. Memang setiap tahun akan ada aktiviti berkumpul dengan keluarga JTM. Kali ini pilih chalet yang dekat di Hulu Langat. Kawannya juga yang suggest ke chalet ini. Masa dalam perjalanan itu, puas aku godek maps dan waze kenapalah tak keluar nama tempatnya. Bergerak sehingga penghujung jalan  tak jumpa..signboard pun tak ada. Call kawannya Mr Ery yang dah sampai dulu, tak berangkat. Mr Ery check whatsapp group katanya kawan yang sampai dulu tu ada share location. Erm…okeylah. Patah balik, follow location tu.. Jauh jugaklah patah balik…Sekali ambik ko, entah pusing bangunan mana ikut waze tu…Tak nampak pun sebarang chalet kat situ…grrrr…macam mana nak jumpa dah lokasi yang di share tu kedai makan.

suara rimba chalet hulu langat

Lokasi sebenar Suara Rimba Chalet di Sungai Lopo. Aduhhhh, kalau awal dapat info masuk laluan Sungai Lopo tak adalah salah laluan ke Sungai Congkak dan kejadian patah balik. Memang tak sesatlah kalau ke Sungai Lopo sebab dah 3 kali pergi sana…cuma tak perasan pula nama chalet sebelum ini. Okey…dah..dah..lupakan awal kejadian nak sampai ke sini.

Cabar Diri Stay Sini

Tak jauh pun masuk ke dalam dari simpang tiga jalan besar. Stay sini kena cabar diri korang yer..kenapa? Sebabnya tak ada aircond dan tak ada televisyen. Lagi-lagi yang bawa anak kecil. Aku  sendiri pun cakap “alamak, tak ada aircond ni, mahu berasap duduk dalam bilik”. Ada 10 keluarga JTM yang join, memang ngam dengan 10 chalet sahaja yang ada. Bila semua bilik hanya untuk kami, bolehlah pilih nak bilik yang mana. Kitaorang pilih nombor 8. Jom tengok apa yang ada..

suara rimba chalet hulu langat

Ruang Chalet

Ini chalet nombor 4. Mek Ayra tak menyempat nak masuk. Ikut suka dia jer pergi duduk situ. Mana-mana bilik pun sama jer…dinding dari kayu pallet…tandas berdinding simen. Setiap dua pintu chalet sebelah menyebelah..

suara rimba chalet

Tak adalah luas sangat ruang dalamnya…sedang eloklah nak tidur jer kan…bukan nak berkurung dalam bilik pun. Nak selesa lagi bawa toto. Boleh juga minta tambah tilam dengan owner. Almari baju secara terbuka. Senanglah nak check sebelum balik kot ada barang yang tertinggal ke.

suara rimba chalet hulu langat

Katil okey..aku tidur 4 beranak pun boleh muatlah.

suara rimba chalet

Ini bilik mandi dan tandas. Air direct dari air sungai..Sejuk giler air dalam tempayan. Tandas pun sebelah menyebelah…Boleh dengarlah bila ada orang dalam bilik air (o_o). Nak kentut pun tahan…hahahaha.

suara rimba chalet hulu langat

Lupakan gajet seketika, tumpukan pada keluarga. Persekitaran yang indah.

suara rimba chalet hulu langat

Belakang chalet ada kolam buatan dan tempat untuk BBQ. Anak-anak memang sakan gembira dapat mandi. Nak duduk dalam bilik time tengahari? Mahu masak rentung….Masa inilah, seronok mandi kolam. Air kolam pun dari air sungai yang dipam naik..dan salurkan ikut air longkang.

suara rimba chalet hulu langat

Seronoklah bila hanya keluarga sendiri saja yang ada.. Malam BBQ..pagi esok masak, tengahari pun masak…dapat checkout lewat petang. Lagi menarik, ada haiwan-haiwan yang dijaga dan dilepaskan dalam kawasan chalet. Ada burung merak, ayam, itik, anak-anak pelanduk. Anak buaya pun ada.

suara rimba chalet hulu langat

Tidaklah anak buaya pun dilepaskan..naya wey..anak buaya duduk dalam ruang khas. Waktu siang hari pelanduk kerjanya tidur…celah-celah rumput anak-anak pelanduk ni duduk menyorok.

suara rimba chalet hulu langat

Time tengahari memang tak dinafikan, tak boleh duduk dalam bilik..tapi waktu petang hingga pagi esoknya..tak ada selimut tak boleh nak tidur…gigil sejuk.. walaupun tak pasang kipas…tambah pula hujan..

suara rimba chalet hulu langat

Pengalaman Owner

Respect dengan owner chalet ini.. suami isteri educated.. isteri landskap designer, suami kontraktor. Itu sebelum bisnes dia jatuh. Katanya kena tipu, sampai habis segala harta kena jual. Bawa isteri dan anak, tinggal di dalam hutan. Buat rumah dengan dinding playwood…baiknya isteri bersusah senang dengan suami. Walaupun diaorang pernah tumbang, tak putus asa…sedikit demi sedikit suami isteri bina chalet dengan simpanan yang ada.

Suara Rimba Chalet ini memang baru sangat beroperasi.. tak sampai 2 bulan lagi. Itu sebab di carian google dan waze tak jumpa. Korang yang rasa nak cabar diri stay sini, whatsapp jer owner dia 014-800 1331 (Sue) atau 013-604 4440 (Arie). Eh, bila lagi kan…

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

One Reply to “Suara Rimba Chalet Hulu Langat, Cabar Diri Stay Sini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *