Suami bagi duit kasi isteri cantik

apakah maknanya?

maknanya si suami sayangkan si isteri lah kan
si suami kasi duit kat si isteri supaya si isteri pandai-pandai
carikan barang yang boleh nampak si isteri kelihatan cantik di depan mata si suami

muka kusam
kulit muka kering
muka dah nampak tua

apalah barang yang nak dicari oleh si isteri ini?
si isteri siap bergoogle cari barangan yang sesuai untuk dipakai
baca setiap testimoni sesuatu produk barangan kecantikan

si isteri pula takut kalau tersalah pilih produk yang tidak sesuai dengan kulit muka
nak beli yang mahal-mahal tu…aduh, berfikirlah dua puluh lima kali rasanya
berpadanlah dengan duit si suami kasi pada si isteri

malam tadi si suami sabar drive kereta dari satu tempat ke satu tempat
tempat yang berlainan tapi stokis yang sama
dari rumah ke kuchai..dari kuchai ke klang lama..pastu masuk pula ke pearl point
tiga stokis singgah tapi pulang dengan hampa

apalah masalah kat stokis area sana
langsung tak ada jual produk yang hendak si isteri belikan
bagai rak promosi kat fb…
kalau habis jual boleh diterima..
tapi jawapan tak ada jual kat stokisnya

lebih hampa lagi bila staff kat stokis akhir tu kurang ajar.

“sini tak ada..kat Midvalley mungkin ada”

“dik..akak dah tiga tempat pergi dik”

“siannya..mujur saya bagitahu”

(dalam hati : tak bagitahu pun tak apa…reti cari sendiri..kalau pergi ke sana pun tak ada..tak ke menyusahkan… lainlah kalau staff itu call kat stokis lain tanya kot-kot ada produk tu kan)

jawapan sama setiap staff bila tanya pasal produk : “sini tak ada..akak pergi sana”

last-last si isteri dan suami pergi makan mee udang kat sungai besi….huhuhu

produk yang dicari oleh isteri hanya produk Safi Rania Gold

isteri : ema

suami : mr. ery

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE