Style Rambut Raya

Semangat nak raya ke? Tahun ini beraya di Kuala Lumpur. Lagu raya dah berkumandang di corong-corong radio masih lagi boleh tahan rasa sayunya…tapi bila tiba hari raya tak tahulah bagaimana. First time akan beraya di Kuala Lumpur pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nak buat macamana demi tugas Mr.Ery, terpaksa korbankan balik kampung.

Walaupun tak balik kampung, persiapan raya itu tetap ada cuma untuk anak-anak saja. Sekadar beli baju sepasang sorang pun dah cukupkan. Anak-anak tetap happy dapat baju baru. Tak balik kampung pun, tetap beraya di sisi suami dan anak-anak dah kira nasib baik. Lainlah beraya tanpa suami di sisi kerana tuntutan kerja di luar negara…kesian pula nasib SIL..last minute si suami dah dipanggil untuk bekerja…kali kedua beraya tanpa suami.

Potong rambut Aqeel bukan kerana raya. tapi rambut dia boleh tahan panjangnya. Rambut panjang lagi buat kepala dia besar. orang cakap kalau kepala besar orangnya cerdikkan. InsyaALLAH. Aqeel memang tak takut pun bila potong rambut. Menangis lagilah tak. Elok saja duduk diam-diam atas kerusi tu sambil lopong mulut-mulut.

IMAG1532_zps8cc6ec0b

Siapa yang pernah beraya di Kuala Lumpur? Kongsi-kongsikan perasaan korang yang pernah beraya kat sini..mesti ramai bangla yang beraya sakan kat KL ni kan..issshhh, macam seramlah pula.

 

About emarieys

Ema has written 1138 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge