“Yang, jom makan steamboat malam ini.” “Kat mana tu?”. “Kat Puchong” “Okey juga, dah lama kita tak makan steamboat.”

So, dinner malam tu bersteamboat lah kami. Agak tidak biasa ke arah Puchong ni, tapi dengan bantuan waze sampailah juga walaupun sedikit lewat dari masa yang ditempah. Siapa sangka di tengah-tengah kawasan perumahan ada sebuah restoran yang besar dan meriah di sini.

ASAP Steamboat & Grill

Restoran ASAP Steamboat and Grill sebenarnya ada 2 cawangan satu di Puchong dan satu lagi di Bangi. Kenapa pilih di Puchong? Sebab nak rasa kelainan arah laluan pergi makan. Boleh gitu…hahaha. memang pun, bila makan di luar jer..ke Bangi saja tempatnya. Bosan lalu tempat sama.

Sampai sana, terus jumpa signboard tempat letak kereta yang luas dan selesa. Pergi kaunter dan bagitahu maklumat tempahan. Terus akak yang jaga kaunter buat announcement dengan microphone bagitahu nama dan bilangan orang. Lepas itu, akan ada orang dari dalam restoran yang tunjukkan meja.

Steamboat Sedap

Steamboat Sedap

Steamboat ni, semuanya sama bahan-bahan yang digunakan dengan mana-mana restoran steamboat lain. Yang bezanya adalah sos yang disediakan, kesedapan kuah tomyam, keenakan kuah sup dan keunikan kuah karinya. Yea, lain dari lain di ASAP Steamboat ada kuah kari. Tapi, disebabkan memang sejenis yang suka makan tomyam, makan tomyamlah jadi pilihan. Nak tengok bagaimana steamboat dengan kuah kari boleh baca review dari kak long kiter ni..kak Saidila. Selain kuah, grill yang sedap adalah kerana hasil perapan sedap pada setiap daging lembu, daging kambing, ayam dan ikan. Terangkat habis.

Steamboat Sedap

Steamboat Sedap

Walaupun boleh makan sebanyak mana pun mahu, selalu pesan pada anak-anak ambil sikit-sikit. Habis baru top-up. Tak mahu ada sifat gelojoh dan membazir.

Steamboat Sedap
Kegemaran anak-anak

Tak bazir masa, sekali harung terus..steam dan grill. Menunggu steam gelegak dan grill berasap. Masing-masing tak sabar nak sambar isi dalam mangkuk tu. Berasap-asap dari grill, semerbak bau dari meja masing-masing. Kemain lagi, macam tengah berlumba….hehehe.

Steamboat Sedap

Menu sampingan

Selain ada steam dan grill, ada menu sampingan yang lain juga. Ada yang jenis goreng-goreng, dessert seperti buah-buahan, abc dan aiskrim. Crab kecil comel goreng pun rangup ratah begitu saja.

Steamboat Sedap

Ais krim Malaysia pelbagai warna dan perisa.

Steamboat Sedap

Mek Azwa ini belajar mana entah makan pakai chopstick. Katanya tengok drama Korea je. Dia berangan nak study sampai di nun Korea.. InshaAllah moga jadi kenyataanlah iye.

Steamboat Sedap

Semua nampak happy kan.

Steamboat Sedap

Bab kata Kakak Azwa “tak rugi pun makan di sini”. Korang pun perlu datang cuba sekali di sini. Bagi yang nak try di ASAP Steamboat and Grill, korang layari dulu Facebook dan Instagram  dan terus whatsaap 01348558944 untuk buat tempahan.

Tunggu!!! Ada Contest Sempena Hari Kemerdekaan

Hello guys! This is already our 3rd year celebrating Merdeka at Asap! As per your request, today we will be having a contest for MERDEKA MONTH. This contest will be open until 28th August 2018 Yeayyyy! #merdekaatASAP18


Do you like it?

How to join our contest?

Follow the simple steps below and stand a chance to win dinner for FREE on 31th August 2018👇🏻

1. Post your best pictures at Asap Steamboat&Grill
2. Tag 3 of your best friend’s
3. Hashtag #merdekaatASAP18
4. 3 winners will be selected based on attractive pictures.
5. The winners will be announced on 29th August 2018

Share your memories with us by using hashtag #merdekaatASAP18 

Good luck

NOTE that the contest will only be available on Asap’s Facebook and Instagram. Don’t forget to use hashtag #merdekaatASAP18

Steamboat Sedap

Lepas ini nak try dekat Bangi pulak…hoooreeyy

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Steamboat Sedap ASAP Steamboat and Grill di Puchong, SELANGOR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *