Loading...
Food ReviewRestoran

Steamboat No.1 Shah Alam, Dkayangan Steamboat and Grill

Steamboat No.1 Shah Alam (14)

Tercari-cari restoran steamboat yang paling best di Lembah Klang? Ini dia steamboat No.1 Shah Alam, Dkayangan Steamboat and Grill. WAJIB cuba tau…

DKayangan Steamboat – Lain dari yang lain

Sekali rasa pasti akan datang berkali-kali. Serius sedap. Restoran ini lain dari yang lain:

  • Dihidangkan dengan 12 jenis seafood segar setiap hari.
  • Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh dipilih.
  • Menu “RARE” seperti ABC, aiskrim dan kek.
  • 15 jenis pilihan sos
  • 2 pilihan sup seperti tomyam dan sup ayam
  • 24 jenis perapan daripada ayam, ikan, daging dan kambing

Makan sampai kenyang, tapi jangan membazir

Dah beberapa kali juga aku makan di sini…salah satu sebabnya harga murah..bawah RM30 saja. Lepas itu, boleh refill sup tanpa had. Ruang makan yang tenang dan selesa sama ada di dalam atau di luar. Makan sambil santai-santai dengan keluarga. Tak perlu gopoh menelan makanan… kerana akan ditambah setiap masa.

Selain steam…ada grill sekali… berasap-asap setiap meja menunggu masak..tapi tak tunggu lama pun.. menikmatinya dengan perlahan-lahan…bila habis dimakan round 1..perut masih oleh diisi..barulah pergi tambah lagi… jangan terlalu tamak dengan mengambil terlalu banyak penuhi pinggan di atas meja…last tak terhabis. Sangat membazir.

Paling best ke sini ruang parking memang banyak dan free.. dalam satu masa walaupun restoran penuh, tetap dapat ruang parking.. surau pun ada.. dibuka setiap hari Isnin -Jumaat (5 ptg – 11:30 mlm) Sabtu, Ahad dan Public Holiday ( mula 3 petang hingga malam)

Sebelum datang, lebih baik dulu call atau whatsapp untuk tempahan..kerana di sini sentiasa penuh. Nampak macam meja kosong kan…tapi semua meja telah bertanda dengan nama orang yang booked.

Steamboat No.1 Shah Alam

Sekejap!!!

Sekarang di Dkayangan Steamboat ada peraduan untuk cabutan bertuah KASI STEAM, MAKAN DAN MENANG. Peraduan sehingga hujung bulan Mac sahaja…so, sempat lagi nak join…Hadiah utama sebuah skooter..dapat bawa balik sebuah basikal pun jadilah.. Syaratnya mudah sahaja..Belanja RM100 dalam 1 resit…isi borang penyertaan dan tulis butiran yang dikehendaki.

Masih tertanya-tanya di mana lokasi DKayangan Steamboat ini? Ini alamatnya:

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Berdekatan juga dengan Stadium Shah Alam. Untuk lebih mudah click jer link whatsApp watsap.my/0122971091 atau follow ig @dkayangansteamboat

Steamboat No.1 Shah Alam

Enjoy the foods!!!

About emarieys

Ema has written 1219 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE