Steamboat Murah RM20 Seorang.

Mana nak cari tempat makan steambot di Kuala Lumpur dengan harga yang murah macam ni. Makan sampai kenyang dengan bayaran RM20 sahaja satu kepala untuk dewasa..RM10 untuk kanak-kanak. Murah sakan kan.Lebih-lebih lagi datang makan waktu berbuka puasa.. lagi puas hati. Untuk bulan puasa ni, selain steamboat ada grill, ada nasi goreng, mihun goreng, kuew tiaw goreng, kuih-muih nasi dan lauk-pauk. Banyak juga lah menu yang disediakan dengan bayaran RM20 ni.

Tapi dinasihatkan nak datang sini baik datang hari biasa, sebab hari minggu memang pack. Beratur panjang nak ambil makanan, 6.30 petang dah berpusu-pusu orang beratur…biarpun lagi 1 jam waktu berbuka. Ada yang ambil makanan macam tak ada orang belakang. Harap tidak membazirlah.

Steamboat Selangor sedap boleh dapat kat sini.

Restoran Kak Mie Seri Kembangan

Tak tahu pun sejak bila ada kedai steamboat murah kat sini. Nama kedai pula Restoran Kak Mie saja tak ada pun tulisan steamboat. Ini gara-gara adik ipar yang bagitahu kat sini steamboat murah, so plan dengan geng Urban Crewz untuk berbuka puasa ramai-ramai. Ada dekat 44 orang yang join.. Dapat pula bilik yang ada aircond tak ada lah rasa sesak nafas. Fuh, memang full house hari minggu baru-baru ni.

Bila dah terlalu ramai orang, ada makanan yang dah habis cepat. Tambah..habis..tambah..habis. Ada satu keluarga ni datang selepas orang dah berbuka, makanan mentah dah tak ada.. nasib baik owner ni ada simpan sedikit bahan mentah seperti udang, ketam, ayam… nampak diaorang serve terus ke meja keluarga berkenaan. Melampau-lampau sangat kadang-kadang tu, ada yang mengambil makanan sampai melimpah-limpah.. Kuih satu jenis pun di ambil satu pinggan penuh. Manalah tak cepat habis.

Selalu pesan kat anak-anak, ambil makanan yang nak makan. Jangan tamak. Tak cukup baru pergi tambah. Kat sini, kuah steamboatnya ada dua jenis iaitu tomyam dan sup. Antara kami-kami yang makan ni, semuanya pilih tomyam… Tomyam nya memang pedas berapi-api tau..

Ingatkan lokasi Restoran Kak Mie ni jauh dari rumah, sebab area Seri Kembangan. Rupanya sangat dekat. Tak sempat panas bontot pun duduk dalam kereta.Tepi highway sebelum Plaza Tol Sungai Besi. Dalam bangunan One South sahaja. Dari KL, sebelah kiri. Ini alamatnya:

Restoran Kak Mie

C-G-01 Streetmaal One South

Jalan OS Seksyen 6

Taman Serdang Perdana

43300 Seri kembangan

Selangor

Tel: 016-888 3542

 

Update: Start 12 June 2017, pihak restoran maklumkan harga telah dinaikkan atas sebab banyak berlaku pembaziran. Harga terkini untuk dewasa RM25 dan Kanak-Kanak RM13. Harga consider murah lagi kan.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

7 Replies to “Steamboat Murah Di KL Dengan Harga RM20 Seorang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *