steamboat kat maeps jadi saujana putra…

salam u alls

Teringin nak makan Steamboat Maeps

tiba-tiba teringat satu kejadian ni
gara-gara nak makan steamboat
mr. ery memang kaki makan steamboat yer..
selalunya kitaorang makan steamboat kat bangi..
tapi dah agak kelewatan
dan terbaca entry sorang blogger pasal steamboat kat meaps, serdang ni
so teringin nak acu cuba try test kan..

nak dijadikan ceritanya
dari Mines kitaorang bergerak menuju restoran steamboat..
sebelum tu, saya dah cari kat google..
dan dah terprint kat kertas..tapi tak bawa balik rumah pun
so, saya ingatlah sikit2….
kena lalu jalan ke Hospital Serdang…

hospital serdang tu saya tahulah jalannya…
tapi area kedai steamboat tue yang saya tak ingat sangat…

bukan main straight jer kitaorang jalan
tiba-tiba jumpa tol..

alamak yah, tol air hitam ni..rasanya dah jauh sangat..
takkan dah sampai ke johor kot…

issh, takkan sampai johor mama? (mr. ery konpius)

pastu mr. ery tanyalah kat jurutol tu… cik, macam mana nak balik ke sungai besi..sebab kitaorang dah makan buah langsat nie….

jurutol tue cakap ler… incik kena pusing balik…

so, kitaorang pun carilah jalan u-turn…
Ya Allah, punyalah jauh u-turn nyer…
sampai ke saujana putra nun (kat mana tue?)
dahlah minyak kereta pun dah bagi signal kehabisan
kena pula dua kali tol (pusing balik)
sistem gps pun tak boleh baca…. (canggih sesaja)
rasa cuak sungguh..

gara-gara nak makan steambot…
kitaorang makan langsat…
aduhaiiiii..

kedai steamboat tu kena masuk pintu pagar meaps rupanya….

so, dah tahu tempatnya…bila lagi nak merasa ni yer..

mr. ery, bila mahu belanja saya nie????

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE