Steamboat Maeps Bistro Makan Sampai Kenyang
Steamboat Maeps Bistro
Mulut dah lama tak makan steamboat lah kan. So, google steamboat yang mana dekat dengan rumah. Hari sabtu traffic kan heavy. orang dah berpusu-pusu balik. sekolah dah nak buka lepas cuti seminggu. Search kat google, jumpa Steamboat Maeps Bistro yang paling dekat. Harga? Okeylah..standard makan steamboat charge ikut kepala.
Birthday Girl
Kira menyambut hari kelahiran Ayra Sufia sekali malam tu. No cake tapi Mr. Ery belanja dinner steamboat. Malam sabtu, ada ‘happy clown’. Belon berbentuk tiara atas kepala Ayra Sufia hasil clown yang buat lah tu. Agak orang tak ramai, terjah gitu jer. Nak selamat, better call buat reservation lah kan. Hujan lebat malam tu, sesat juga dibuatnya.
Makan selagi boleh makan, bayar dahulu sebelum makan
Kena bayar dulu sebelum makan. Pergi kaunter cakap berapa orang dan jenis kategori. Ada 2 jenis kategori samada nak steamboat sahaja atau steamboat & grill. Kami pilih setamboat & grill. Tengahnya kuah tomyam, grill pula kat tepi-tepi mangkuk ni. Makanlah selagi perut boleh terima makanan. Lauk steamboat yang kebiasaan lah kecuali malam kami pergi tu tak ada sotong. Ada nasi goreng, mee goreng, rojak buah, kek, keropok, 4 jenis air, aiskrim.
Baca review orang komen pasal daging dan ayam tak ada perapan, sekarang dah ada perapan. perapan daging memang sedap. Tapi nak tunggu grill tu, perut kenyang isi benda lain nak tunggu masak. Anak-anak berulang tambah makan nasi goreng.
Pandai pula kakak pakai chopstick makan mee.
Harga untuk steamboat sahaja RM29 (dewasa) RM15(kanak-kanak). Harga steamboat & grill RM33 (dewasa) RM18(kanak-kanak). Satu keluarga hanya boleh pilih satu kategori saja. Tak boleh seorang nak makan steamboat sahaja, seorang nak makan steamboat & grill. Kuah steamboat pun hanya boleh pilih satu jenis sahaja antara tomyam dan sup. Agak pedas juga kuah tomyam, berulang anak minum air. Harap akan datang dapat sediakan kedua-dua jenis kuahnya. Bolehlah keluarga emarieys datang lagi.
sedapnya ema, stimboat lama tak makan
lama tak datang sini,zaman bujang2 dulu je suka datang ngan housemate
hahah.. azni dok dkt situ pun tak pernah sampai lagi nih
azni recently posted…Napa susah sangat nak bayar hutang PTPTN?
Dah makan 2 minggu lepas kat Publika..dah x rasa nak makan steamboat dh..hehehe
Suria Amanda recently posted…Dua Hari Makan Sedap Orang Belanja
Wahhh menarik
Happy birthday Ayra. Baru je makan steamboat tapi kat Johnny. Boleh tahan sedap soup kat Johnny tu
sedapnya steamboat..terliur la plak..hehe
Ibu Mifzal recently posted…Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 Secara Atas Talian