Pengalaman Kuarantin di Hotel Istana Kuala Lumpur Dengan Standard Package

Kalau pusat kuarantin dengan standard package kira atas nasib. Kalau Premium Package, atas pilihan sendiri.

Aku tak ambil premium package, bagi aku standard package pun dah okey.

Selesai semua urusan di KLIA sehinggalah naik bas menuju ke hotel, sama sekali tidak tahu ke mana akan ditempatkan.

Tapi pada masa duduk menunggu untuk mencukupi bilangan orang dalam bas, ada juga ushar dengan pegawai yang jaga..katanya akan ditempatkan di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Wow, bernasib baiklah dapat hotel Istana kan…ramai cakap bagus… star rating pun tinggi.

Sebenarnya tak pasti lagi pun, selagi bas tak berhenti tempatnya di mana.

Perjalanan ke hotel, memang tak tidur walaupun badan sangat-sangat letih. Nak tahu punya pasal ke arah mana bas akan pergi.

Masuk higway MEX keluar Jalan Kuchai. Lalu pula kampung yang lama aku tinggalkan.

Baru setahun setengah, dah banyak berubah…highyway atas highway.

Tak lama…sampai juga destinasi kuarantin…and yes, Hotel Istana.

Selesai serahkan segala dokumen…tersangkut pula untuk dapatkan bilik.

Semasa nak buat bayaran bilik, aku terkejut sebab tak sama nilai dengan yang aku kira.

Rupanya kiraan untuk 2 bilik (connection room). Kenapa nak kena ambil 2 bilik?

1 bilik terhad kepada 3 orang sahaja. Itu syaratnya.

Aku minta untuk dapatkan 1 bilik. Lagipun Ayra masih belum dikenakan bayaran pun.

Dapat extra bed pun tak apa..tak perlu sampai kena ambil connection room.

Lastly, dengan panggilan yang dibuat kepada siapa aku tak tahu…dapatlah juga 1 bilik.

Kuarantinlah aku sekeluarga untuk 14 hari.

Setiap pagi, tengahari, lewat petang akan berbunyilah door bell menandakan makanan sudah ada.

Boleh order makanan luar seperti KFC, Mekdi dan lain-lain. Tapi bertabahlah kalau terima dalam keadaan yang sudah sejuk.

Makanan nasi bungkus, makanan dari keluarga tak dibenarkan.

Baca: Senarai Hotel Yang Offer Premium Package

Air tin tak lepas..air gas botol boleh pula.

Rokok dilarang sama sekali.

Gelang pink hari ketiga baru dapat.

Keputusan swab test di KLIA memang tak terima. Kalau tak terima itu tandanya ‘negatif’ lah.

Setiap hari kena jawab soalan kesihatan pada MySejahtera App.

Ada group whatsapp. Operasi 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Selepas itu hanya admin sahaja boleh send mesej.

Air mineral hanya diberi 24 botol (500ml). Tiada penambahan air walaupun ada 2 orang. Tak cukup kena beli dengan hotel atau minta keluarga hantar.

Cadar dan tuala akan ditukar..tapi kena pasang sendiri.

Hari-hari lauk ayam (0_0).

Orang di luar akan cop “kita bawa balik virus”
 


 

Aktiviti Semasa Kuarantin.

Agak-agak apa benda yang boleh dibuat bila terkurung dalam bilik tak boleh pergi mana.

Melainkan ulang alik pergi katil..pergi toilet.

Tengok TV, Layan FB

Nasib baik pak saudara Aqeel Ayra belikan mainan..main game ular.

Dapat juga tengok bas kesihatan angkut orang luar yang positif. Bukan orang yang tengah kuarantin.

Berbelanja sakan di shopee gara-gara 12.12…bahaya betul.

Kuarantin Di Pendekkan Kepada 10 Hari

Tengok berita, Kerajaan mengumumkan tempoh kuarantin dipendekkan dari 14 hari kepada 10 hari.

Berita baik bagi kami sekeluarga.

Malam itu. aku sudah hari ke-8.

Tak sabar tunggu pagi esok untuk serang group whatapp..Tapi ada yang lagi awal hantar.

Tiada jawapan balas…well mesti mereka tengah kelam kabut untuk selesai group yang sebelum ini.

Tempoh kuarantin 10 hari, aku ada 2 hari..dan hari ke-9 mesti kena ambil test kedua iaitu ambil darah.

Tup tup hari ke-10 juga baru buat test kedua…dan petangnya terus dapat keluar jika keputusan negatif.

Dengan tempoh kuarantin yang dipendekkan, maka hotel akan mengembalikan semula bayaran yang lebih.

Alhamdulillah, wang dah dikreditkan ke akaun. Tapi dengar khabar masih ada yang belum selesai lagi.

Pilihan di tangan anda untuk ambil standard package atau premium package. Tepuk dada tanya selera.

Kerajaan sekali lagi melonggarkan tempoh kuarantin di mana sesiapa yang bawa keputusan negatif PCR dari negara berlepas akan dikenakan tempoh kuarantin selama 7 hari sahaja. Bagi yang tiada akan kuarantin selama 10 hari.

Sekian.

 

 

About emarieys

Ema has written 1314 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *