Loading...
AllTravel

Snorkeling, Scuba Driving, Turtle Watching and Coral Activities

Assalamualaikum. Ada yang tanya berapa pakej trip ke Pulau Perhentian ini. Pakej yang kami ambil adalah RM 300 satu kepala untuk dewasa dan RM 150 untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Harga ini adalah berbeza jika ianya musim cuti sekolah atau cuti umum.

 

Snorkeling

 

Selesai check-in, tukar baju dan terus mandi air laut. Hilang terus rasa kepenatan sepanjang 12ย ย jam dalam kereta. Hari pertama kami hanya mandi di tepi pantai dan buat aktiviti sendiri.

 

Pulau Perhentian16

 

Snorkeling, Scuba Driving, Turtle Watching and Coral Activities

Hari keduaย barulah bermula aktiviti mengikut pakej yang ditawarkan. Agak kelam kabut sedikit dan terpaksa tunggu lama kerana orang mengatur ini seperti melepas tangan. Terpaksa tunggu lama untuk bot yang akan bawa kami.

Sebahagiannya, buat aktiviti scuba dan yang berkeluarga buat aktiviti lain sebab kami semua mempunyai anak-anak kecil. Terpaksa tunggu lagi untuk selesaikan penghantaran mereka yang buat aktiviti scuba. Siap anak-anak bermandi sakan lagi.

 

Trip to Pulau Perhentian50

 

Tempat pertama dituju adalah tengok penyu. Hanya mr.ery dan beberapa kawan yang turun. Tapi yang nampak penyu timbul adalah kami-kami yang duduk di atas bot. Setiap 15 minit sekali penyu akan timbul di permukaan laut.

 

Pulau Perhentian30

Walaupun dah pakai jaket keselamatan, aku memang tak berani nak turun. Aku akan gelabah bila kaki tak jejak pasir. Aku dah gelabah masa tengok coral. Bila aku berenang atas permukaan, sekali aku nak bangun rasa kaki tak jejak pasir, menggelabah habis, sampai aku terkam mr.ery dia pun nak tenggelam. memang kelakarlah masa tu. Tengok, aku rela bergantung atas tangga bot untuk bagi ikan makan.

 

Pulau Perhentian34

 

Abang bot pun satu, dia cakap kalau mandi kat sini akan berani. Ini dah bawa ke tempat lain, yang ini tempat last baru cakap. Kalau tidak memang berani akan turun ke laut. Ini dipanggil Lata Air Berani iaitu air tawar yang memang sejuk sangat. Mandi hanya tujuh kali gayung saja itu cakap abang bot lah.

 

Pulau Perhentian36

Pulau Perhentian05

Pulau Perhentian10Pulau Perhentian08Pulau Perhentian09

Lagi gambar sepanjang aktiviti di pulau perhentian.

(Klik untuk tumbesaran)

About emarieys

Ema has written 1227 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

24 comments
  1. Mummydearie

    Bestlah Ema sesekali pergi aktiviti begini. RM300 sekepala tu untuk berapa hari ya? Bukan Ema aje yang takut tak jejak pasir, saya pun sama juga kekdahnya. Bukan tak biasa ke laut tapi entahlah memang scary marry sikit ๐Ÿ™‚
    Mummydearie recently posted…Terima kasih, Cikgu!My Profile

  2. harun awang

    Salam sejahtera..
    Saya ada menyediakan khidmat nasihat/jururunding untuk…
    1. Bercuti ke pulau redang/ kapas/perhentian (3hari 2malam/2hari 1malam/1hari)
    2. Memancing/candat sotong
    3. Memancing/bermalam di tasik kenyir (rumah bot)
    4. Tiket bot laju ke pulau(sehala/2hala)
    5. Melawat tempat2 menarik di terengganu(town/state tour)
    6. Pengangkutan ke seluruh malaysia (teksi/van/mpv/bas persiaran)
    Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE