Ema ni jenis malas nak pakai pencuci muka, malas nak makeup beria, malas nak pakai serum, pakai foundation, suncreen bagai..apatah lagi sunblock yang mana langsung pun tak pernah cuba. Nasib baik jenis kulit muka ni bukan yang bermasalah jerawat batu atau ada jeragat ketara. Jadi, dari pandangan mata kasar macam tak ada masalah yang besar. Itu yang silap sebenarnya, sebelum makin di mamah usia…lebih baik pergi buat rawatan muka. Sebab apa? Baca seterusnya….
Pengalaman Pertama Buat Rawatan Muka di SKIN VALET, BANGI
Sungguh, inilah pertama kali Ema buat skin treatment/rawatan muka di spa. Mula tu, takut juga nak buat. Sebelum ini ada dengar macam-macam kes selepas buat rawatan muka di luar ni..Ada yang terbakar kulit muka, ada yang bengkak-bengkak, ada yang jadi merah-merah dan banyak lagi.
Selalulah juga terima panggilan dari mana-mana pusat kecantikan rawatan muka offer rawatan percuma. Tak beranilah nak pergi. Entah ada sijil ke tak kan…. rosak muka menyesal tak sudah.
Tapi di Skin Valet, Bangi sebuah spa kesihatan (medispa) Ema beranikan diri pergi sebabnya di sini mempunyai pakar kecantikan yang bertauliah dan bersijil.
Jumpa Konsultan Wajah
Sebelum mulakan rawatan, terlebih dulu kenalah jumpa konsultan wajah untuk kenal pasti jenis kulit. Yealah, walaupun ada masalah yang sama tapi jenis kulit tak serupa. Sangat berbeza. Macam kawan Ema pun ada masalah kulit kering tapi rawatan untuk dia tidak sama dengan rawatan Ema. Boleh baca kat SINI

Di sini, Ema jumpa Puan Huda nak kenal pasti apa permasalahannya. Soalan yang ditanya pakai cleanser jenama apa, suncreen apa, pakai sunblock tak, serum apa, suka minum kopi ke, ada makan any supplement ke.. period teratur ke..

Ema sendiri tahu yang Ema ada masalah kulit kering. Tapi tak tahulah kategori kering itu setakat mana sehinggalah Pn Huda ni terangkan selepas buat perbandingan dari 6 gambar yang berbeza. Setiap gambar result yang berlainan yer..pores, wrinkles, lubang-lubang kecil, skin tone, sunburn. Tahap kesihatan kulit wajah kita pun akan diketahui di tahap yang mana..dan berapa percentage tinggi atau kurang dengan yang sepatutnya.
Rupanya macam ini tengok secara details yer..ngeri pun ada. Dengan keputusan yang keluar, masalah utama adalah kulit yang sangat kering dan kusam. Jika tak rawat, lagi cepat tua.. Apa yang rawatan yang sesuai dengan masalah kulit adalah dengan rawatan yang dinamakan oxyderm.
Step by Step
- Cleanser
- Oxyderm – Scaling untuk membuang sel kulit mati di bahagian lapisan pertama.
- Oksigen – Untuk segarkan kulit dan mengaktifkan sel kolagen.
- Exfoliant – Untuk pudarkan parut jeragat dan mencerahkan kulit.
- Hydrating – Untuk melembabkan kulit dan firming kulit.
- Sapuan dua masker 3D gel untuk hydrating dan whitening.
- Coaling mask – Untuk kecilkan pori. Dibiarkan selama 20 minit.
- Soothing care serum
- Moisturizer

Selepas 1 jam lebih rawatan, dan inilah hasilnya. Kulit muka menjadi lembab, ringan dan segar. Untuk jaga kulit muka kekal lembab, Ema kenalah rajin pakai serum dan moisturizer..dan jangan skip pencuci muka.. nak cantik kenalah ubah kan. Pencuci muka disyorkan dari ekstrak buah-buahan. Punca selain malas pakai pencuci muka ni, salah satu penyebab kulit wajah Ema cepat kusam adalah kerja yang selalu menghadap pc dan pakai cermin mata.

Walaupun pakai pencuci muka setiap hari, kena juga sekali sekali pergi buat rawatan muka di SKIN VALET, BANGI. Yealah, kita pun tak tahu keadaan kulit muka ini macam mana kan biarpun nampak cantik tanpa jerawat tanpa jeragat dari mata kasar ni. Sebaiknya kena lah check dulu.
Ema syor sangat korang pergi ke SKIN VALET BANGI ni.. Sambil tunggu dan setel buat rawatan, orang tidak putus-putus datang ke sini. Dan wajah mereka semuanya cantik belaka, tapi tetap dibelai..
Korang boleh call 03-8922 9181 untuk buat appointment. Layari instagram skinvalet_bangi atau facebook Skin Valet Bangi.
Okeylah, nak pergi cuci muka dulu ni sebelum tidur….
I pun tak pernah buat facial. Teringin tapi takut. Nanti boleh laa kot cuba pi buat kat Skin Valet..
Mama Kembar Tiga recently posted…Lebih Daripada Kelengkapan Haji dan Umrah, Macam Macam Ada di Galeri Muslim Senawang Ni Wehhh!
paling suka bab memanjakan diri macam ni, wah makin berserilah ema ya, teringin juga nak cuba rawatan wajah ni
ajumohit recently posted…Kek Nutella Red Velvet sempurnakan sambutan Hari Lahir suami
Wah nampak glowing muka Selepas rawatan
waa. menariknya treatment ni.. nak jugak rasa…
azni recently posted…Awan nano I yerweng Betong Thailand yang menakjubkan