Pernah pergi kenduri kahwin yang kena bayar tol tak? kalau negeri johor memang tak sahlah kalau tak ada sistem bayar tol kan..negeri mana lagi yang buat erkh…setakat ini yang ema tahu johorlah..mentang-mentanglah sepupu orang johor.
Banyak sampul nak kena prepare… banyak sangat sekatannya sebelum dapat bersanding di atas pelamin..paling mahal nak bayar tol adalah pada mak andam pengantin perempuan.. tapi sebelum ke mak andam pengantin perempuan, dah ramai duk buat sekatannya…so, pandai-pandailah bodek nak kasi lepas.itulah tradisi mereka…..
Meh layan gambar suasana kenduri di sebelah pengantin perempuan
rasa sedikit sunyi sebab kakak tak ikut sekali..sebelah kanan ema anak sepupu (pengantin) dan baju merah adik ema (ibu lain)..yang berdukung tu of cozlah si aqeel syafiq..
muka masam mencuka sebab mengantuk nak tidur…ada orang cakap ema baru balik dari BERSIH ke? ada ke patut…
ada persembahan..alamak lupa dah nak panggil apa..takkan sembah silat kot
belum masuk pintu rumah dah kena sekatan…kena bayar tol
pas setel bayar duit tol..barulah dapat bersanding di atas pelamin
acara renjis merenjis…ambil berkat dari orang KL
sepupu ema ni sama umur dengan ema..tak sempat nak kenal mesra dengan isterinya…namapun ema tak tahu…huhuhu
orang paling jauh berkati pengantin…ini abah ema…datang dari Kelantan..satu-satunya bapa sedara..abah ema saja yang lelaki dari 4 beradik…
tengoklah si aqeel syafiq ni, apa punya aksi entah
pas acara renjis merenjis..acara potong memotong pula..potong kek..bukan potong orang…
selalunya kek tiga tingkatkan..jarang nak jumpa kek dua tingkat kalau time potong kek…
my abah side…budak depan tiga orang ni dah kira adik emalah biarpun berlainan ibu…mak tiri tak ikut sama…
last sekali gambar bersama pengantin
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEPUPUKU
MOGA KEKAL BAHAGIA KE ANAK CUCU
AAMIIN!!!