Ada sukan yang tak sesuai dengan badan. Ada sukan yang makan tuan…ada ke?
Azwa sangat bersemangat…dan aktif seperti mama masa muda-muda dulu..eh3x sekarang pun muda lagi…cume berumur jer.
Kalau teringin nak bergelek sekali bila baca dan tengok gambar pada entry ini, korang pasang lagu mambo no 5 dan chicken dance yer..
Okey, kira sehingga seratus..bukan sepuluh..baru keluar peluh yang masam..
Air laut ada pasang dan surut begitulah juga dengan mood si aqeel Syafiq.
entah apa yang tak kena. langsung tak mahu berdiri dan bersenam sama.
nak kena dukung. dan atas sebab mamanya dah lama tak bersenam, terpaksa bersenam sambil berdukung. best apa…dapatlah kurangkan lemak tepu yang melekat kat dalam badan.
Lepas dah bergelek kiri kanan atas bawah barulah buat aktiviti lasak.. lasaklah sehingga ada yang lebam-lebam tangan
sebab tak warm-up..terus belasah sepak, tendang, halang dan hentam.
pusing jangan tak pusing..orang suruh pusing 3 kali..dia pergi pusing 5 kali bukan mr.ery, tapi ahli kumpulan ema juga.. belum pusing dah pening..hehehe…
siapa di depan?
yang sambut naya bila belon pecah
team perak..oh tidak..team kuning tau
pasni sambung sukan untuk budak-budak