Pernah terlintas tak di fikiran u all nak buat side income?
Sekarang kerja makan gaji pun belum tentu nak cukup
Bukan bermakna tak mensyukuri dengan rezeki yang diperolehi setiap hari tapi harap makan gaji semata-mata memang tak akan ke mana-mana.
Setiap 25hb check akaun bank..gaji orang keje gomen..tapi belum sempat nak enjoy dah kena bayar benda yang penting dulu…apalagi HUTANG lah kan.. hutang bank..hutang kereta..hutang rumah…tak sampai hujung bulan, isi dalam akaun dah pun kering..betul tak?.
Itu baru setel hutang..belanja yang lain-lain camana?..dari mata kasar..
1) Mula-mula bayar bil – Bil air RM 30, Bil Letrik RM 100 sebab pasang aircond, Bil telefon RM 50.00 paling minimum, Bil Astro RM 60.00 (dulu) sekarang tambah wifi tambah lagi hutang RM 80.00..dan setiap enam bulan sekali kena bayar Bil cukai tanah..cukai pintu…dll.
2) Anak-anak – Perkara yang akan dibelanja setiap bulan. Bayaran yuran sekolah..sekarang okey lagi RM 10 sebulan saja..akan datang?, pengasuh RM 250 sebulan..itu untuk seorang, susu sebungkus RM 19.00 time ada offer kalau tak ada offer ada yang jual RM 24.90 (dutch lady), makanan, pampers paling koman pun dapat harga RM 30.00 sebungkus..tahan sebulan jer… dll..sini pun dah cecah RM 500.00 sebulan..
3) Kereta – Kerosakan emergency lagi naya..minyak pun sebulan hampir RM 400.00..biasalah kalau duduk di KL..hari-hari tempuh jem..kejap jalan..kejap break..time tulah kereta banyak makan minyak… nak naik LRT, Komuter pergi kerja..dari stesen ke pejabat kena naik teksi pula.. Alhamdulillah duit bayar bulan-bukan kereta dah habis…
4) Bayar rumah – Bayar setiap bulan RM 330.00 lebih..ada yang orang sewa..tapi bagi sewa kurang dari duit bayar bulan-bulan..tak apalah kita buat baik..mereka akan buat baik kat rumah kitakan…pastu bayar maintenance…. akan datang tambah lagi potong duit rumah…hampir RM 700.00 tu..entah bila nak siap rumah ni…
5) Hutang study, bagi kat parents, belanja dapur (barang keperluan bukan mendadak lagi naik harga), balik kampung, motor, pakaian baru (2 setahun sekali sebab nak raya)…
Kalau dikira-kira macam tak cukup pun gaji sebulan diterima..apatah lagi mahu simpan untuk hari tua..
Bila difikir-fikir memang perlu SIDE INCOME ini…