Memang bukan mudah untuk beraksi depan kamera. Di belakang kamera bukan main lagi menghafal skrip, tapi bila dah berada depan kamera..cakap sepatah dua terus lupa..lepas itu, orang yang dirakam kamera pula cakap “cut”..hahaha.. nasiblah bukan live kan.

C3 Cosmetic Shooting

Malam itu, empat beranak bersolek kemain lagi untuk shoot produk C3. Produk C3 keluaran Beauline Cosmetic terdiri dari Flawless Foundation, Lipsmatte, Minyak Wangi Lelaki, Minyak Perempuan dan Glowing Spray. Orang yang dah kenal aku, memang tahu aku jenis yang tidak bersolek beria, cukup sekadar pakai bedak dan lipstick. Tapi untuk photoshoot kali ini, terpaksalah bersolek lebih sikit.. Mr. Ery pun terkejut..tengok bini dia melawa…eh terpuji jer.

C3 Production

Melibatkan produk C3, aku biasanya di belakang tabir, sekali sekala timbul up status di laman sosial kenalkan produk. Foundernya orang sebelah aku ni. Itu pasallah ada yang komen “kenapa adik lagi lawa”.. aku pun jawab sebab itu dia jadi founder. hehehe

C3 Production

Adik-adik dan my mom, beraksi depan kamera perkenalkan setiap satu produk dan kelebihannya, aku seorang yang tak buat. Bagi kat diaoranglah, aku failed bab bercakap depan kamera yang merakam. Keluar suara lain, rosak pula shooting ni.

C3 Production

Masa ini tengah hafal skrip lah konon.. boleh ingat ..bila masa merakam, cakap sepatah dua…terus “cut”.. eh, boleh pula diri sendiri cakap “cut”. Aku kat belakang ketawa jer lah…hahahaha… bila my mom punya turn, si angah pula mencurah-curah bagi point untuk bercakap..dan time dia depan kamera..”lupa terus”

C3 Production

Beauline Cosmetic

Ramai yang terkeliru sebenarnya, antara C3 dan Beauline Cosmetic. C3 adalah nama jenama produk manakala Beauline Cosmetic adalah nama syarikat. Penat juga menunggu untuk siapkan shooting ni. sampai terduduklah aku bawah ini. Yang tambah melambatkan lagi bila asyik orang ketuk-ketuk pintu nak masuk tengok..pastu yang merakam tu cakap “biasalah, bila ada yang cantik-cantik dalam ini”.. ermm…ada maksud tersendiri tu.. agak bahaya juga dengan orang production ni kan..seramlah pula.

C3 Production

Tahap kebosanan yang melanda.

C3 Production

Di belakang tabir…

C3 Production

Jam 11.00 malam selesai shooting, 3 jam jugalah…Perut dah tahap kebulur sangat, terus pergi makan nan tandoori tempat kegemaran my mom dengan arwah ayah tiri..area  gombak. Bila empat beranak berjalan sama dengan baju sama, semua tengok…teknik marketing percuma.

C3 Production

Sama-samalah tunggu hasilnya, BERHASIL atau TIDAK BERHASIL. Yang penting dah berusaha. Bukan senang untuk menjadi seorang usahawan yang setiap perniagaan ada persaingannya. Yang penting kita bersaing dengan sihat.

C3 Production

Memang sedap nan tandoori..patutlah menjadi tempat kegemaran my mom, walhal mom pun bukan jenis yang boleh makan di kedai mamak.

C3 Production

Rakaman ini akan keluar di TV Wanita page dengan #1juta . Sama-samalah doakan, agar perancangan untuk keluar di siaran TV Astro akan tercapai hendak-Nya. Semoga produk C3 ini dikenali di seluruh negeri dan orang akan jatuh hati dengan produk C3 selepas mencubanya.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

3 Replies to “Shooting Produk C3 Cosmetic Keluaran Beauline Cosmetic, Bukan Senang Nak Beraksi Depan Kamera”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *