Sewa rumah punya hal..
Bab sekolah dan kereta dah selesai…bab rumah pun sama…lepas ni tunggu stok makanan. Kontena dah sampai sini sejak minggu lepas,. Ikutkan esok akan buka dan hantar ke rumah….harap seperti yang dijanjikan. Ngam-ngam 2 bulan kontena sampai.
Nanti-nanti aku share pasal kontena dan bekalan stok makanan yang aku bawa ke sini.. syarikat mana yang pack pun akan aku share..itupun kalau aku punya barang semua berada dalam keadaan baik… packaging main peranan yer.
Rumah Sewa Di Conakry
Survey banyak rumah..last-last sangkut yang rumah sewa sekarang..salah satu sebab keselamatan dan orang Malaysia semua stay di bangunan yang sama…dapat pula tingkat sederet. Walaupun rumah tak ada kemudahan seperti rekreasi untuk anak lepas boring, tak apalah..janji dekat dengan mereka.
Baca: Rumah Sewa Untuk UiTM Student – Perempuan Sahaja
Pagar rumah tinggi-tinggi seperti duduk dalam kurungan…bukan pagar rumah jer…pagar hotel pun tinggi… demi keselamatan sekiranya berlaku rusuhan. Pengawal keselamatan sentiasa ada.
Urusan sewa rumah kat sini, tahap kesabaran kena tinggi. Mana-mana rumah sewa pun sama.. dah tabiat macam itu. Sebelum dapat, janji macam-macam. Benda akan dapat, tapi lambat yang amat. Ambil masa dan selalu bertangguh. Reminder setiap hari. Nak kena bagitahu satu persatu masalah, tak boleh banyak terus, tak jalanlah jawabnya.
Kesabaran Akan Teruji
Blackout setiap hari. Situasi yang biasa bagi negara ini. Pasal blackout tak apa lagi sebab generator akan berfungsi. Ada orang yang akan pergi on generator tu.. Tak adalah tunggu lama elektrik on balik. Barang elektrik konpem tak tahan lama.
Sabar akan teruji bila berulang benda sama. Aku punya kes pasal peti ais jer.. sekali ingat macam kelakar…2 bulan kat sini dah faham sikit cara mereka buat kerja. Bayangkan sampai 4 peti ais keluar masuk rumah….hehehe..nasiblah. harap yang last ni dapat bertahan lama. Rosak lagi, owner dah janji tukar yang baru…hurmmm..tunggu jer lah nanti.
Peti ais ke-4 ni pun kononnya bagitahu yang baru…tapi second hand juga. Aku tak faham perkataan ‘New” bagi mereka ni.. describe macam mana..aku nak peti ais yang dari kedai dan dalam kotak…itu namanya “New”. Yang diberi semuanya dari kedai second hand. Terima jer lah. Penat nak bertekak.
Eh, macam perli aku jer bagi peti ais besar ni….walhal aku nak yang macam peti ais putih sebelah tu tapi bahagian sejuk beku atas tu biarlah yang besar. Mudah simpan stok banyak. Peti ais dalam gambar belah kiri ni pun rosak juga. Yang putih okey sebab memang baru dalam kotak lagi..

Agak-agak peti ais besar ni banyak pakai karen tak? mahu bayar bil eletrik weii.. kat sini mahal..peti ais sekarang..tunggulah berapa lama boleh tahan.

Lagi satu bab masuk rumah pakai kasut..ini memang gaya diaorang. Tapi aku tak tahan, penat nak lap lantai setiap kali diaorang masuk rumah.. seorang tak apa lagi..bila dah ramai ni..tak dapat tahan aku..dari tukang baiki aircond, baiki pintu, tukang cat, tukang tukar lampu, angkut peti, angkut meja..semuanya berkasut.

Apa aku buat? Aku tampal sticker kecil depan pintu. Was-was juga takut tak berhasil…tapi BERJAYA lah.. pakai google translate.. “Sila, tanggalkan kasut di luar, Terima kasih”. Lantaklah tak suka pun…aku lagi tak suka masuk dengan kasut yang entah dari mana. Sekali dengan tuan rumah pun masuk tanggal kasut, hehehe.. kisah apa aku… sewa bayar.
3 tahun aku nak hadap..2 bulan pun dah sakit kepala….hehehe….bukan aku tapi Mr. Ery…. asyik bunyi bell jer..
Hahaha. Lucu gak eh duduk sana.
Hafiz Rahim recently posted…Travel Sendiri Atau Guna Travel Agency?
hahaha istilah baru dia tu ‘baru beli’ kot.. tak kesahlah beli yang second hand ke, janji baru beli .. hahaha lawak..