Hitung Hari Bilakah Airport Dibuka Setahun Sudah Tak Jumpa Keluarga
Setahun di luar negara, tanggal 21.06.2020 – Genap setahun aku di Conakry, Republic of Guinea..Afrika. Rindu sangat pada keluarga di Malaysia. Tapi apakan daya, hanya boleh lepaskan rindu melalui panggilan video call sahaja.
Hitung hari bilakah airport dibuka dan kembali beroperasi.
Sejak Covid-19 melanda di Guinea, darurat dipanjangkan lagi sehingga 15 Julai namun pergerakan tidaklah terbatas.
Menunggu dengan sabar.
1 tahun tak balik Malaysia.
1 tahun tak jumpa anak.
1 tahun tak jumpa family.
1 tahun tak jumpa sedara mara.
1 tahun tak makan kedai mamak.
1 tahun tak shopping shopee.
1 tahun tak shopping lazada.
1 tahun tak makan Mekdi.
1 tahun tak makan KFC.
Eh, banyak lah benda yang aku nak.

Setahun Berlalu..Berita Kematian Menjelma
Berita yang paling aku takut nak hadap bila berjauhan..berita kematian.
Selama setahun di luar negara, mendapat perkhabaran duka saudara mara, kenalan telah kembali kerahmatullah.
Alfatihah (DIBACA) kepada:
1. Aida Abd Ghani – Sahabat satu kelas.
2. Wan Mohd Zil Wan Salleh – Suami kepada sepupu
3. Nor Azma Abu Bakar (Kak Jaa) – Kawan baik adik.
Abah pun tak sihat. Baru keluar hospital kerana darah tinggi.
Effect dari darah tinggi, mata sebelah kanan dah tak nampak.
Ya ALLAH, KAU PANJANGKAN UMUR ABAHKU JOHARI MAT
Beza susut badan abah semasa hari hantar aku dengan sekarang.

Keadaan seperti inilah yang harus aku hadapi bila berjauhan dengan keluarga.
Moga cepat-cepat airport dibuka dan dapatlah aku balik untuk bertemu mata.
Tiket di tangan sudah ada…tapi apakan daya semuanya tergendala.
Moga ada perkhabaran baik yang bakal diumumkan nanti.
Insya-Allah, keadaan di seluruh dunia akan menjadi beransur pulih. Take care ya.
Zurainny Ismail recently posted…Registered for the MSLSSL Employment Virtual Conference 2020