Sampai juga ke destinasi yang diinginkan oleh orang-orang perempuan. Serikin salah satu tempat yang akan dituju oleh kaun wanita.Tapi hanya dibuka pada hari minggu sahaja.Alang-alang kepalang, sebelum balik hari sabtu, dapat juga sampai ke sini.Rata-rata ramai yang pesan, nak datang sini seeloknya datanglah awal pagi.

Memang betul, jam 10.00 pagi cuaca di sana dah rasa panas…meleleh air peluh masam.Tapi digagahi melangkah dari mula hingga ke hujung dan berpatah balik.Kalau teringin nak membeli barang di sana, sebaik-baiknya survey dari kedai ke kedai.

Harga yang ditawarkan tidak sama…lagi jauh perjalanan..lagi mahal harga yang dijual..pelikkan.Di Semenanjung, tempat serikin ini adalah seperti di Pengkalan Kubur, Kelantan atau Padang Besar.Cuma ia tak ada bangunan-bangunan besar. sekadar gerai-gerai kecil. dan peniaga majoritinya adalah dari Indonesia.

Ema belikan tiga telekung termasuk size si kakak dengan harga RM 100 untuk ketiga-tiga telekung. kena pandai tawar menawar. selagi penjual tak nak kasi dengan harga yang kita nak beli.. selagi itu kita tawar…dan perlu ugut sikit akan cari tempat lain..konpem si penjual akan setuju.

Tempat menjual tikar-tikar rotan. hanya satu-satu kedai yang jual tikar-tikar rotan ini. bila dah ada satu, untuk minta turunkan harga agak susah. biarpun bersama kami ada yang pandai cakap bahasa kaum mereka…ngerti kitak.

berlatarbelakang suasana di serikin bersama shikin

Tengah jalan-jalan cuci mata, terserempak dengan Uncle Zaibo..masing-masing tak nak lepaskan peluang ini..termasuk yang mengescot kami.

Kaum wanita, segala jenis langsir untuk mendeco rumah.

Nasi ambang.. sedap ke?

Baju-baju dan dress yang dijual online pun berlambak kat sini.

Walaupun tak dapat kurangkan harga tikar. tetap juga beli satu.

Tiang-tiang dari batang pokok.

Ada penguatkuasa yang akan membuat pemeriksaan di atas barang yang dibeli.

Tak silap ema, kalau berlebihan kena cukai.

Tapi ema punya…selamat….hehehehe.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *