Sepupu Open House

Raya ketiga baru bersemangat nak beraya. Mood pun kembali ceria. Aku malas nak fikir pasal kena tipu. memang dah terkena pun. duit customers pun dah ganti balik. Memang tidak sekali aku halalkan duit yang mereka tipu itu. Terima kasih pada suamiku mr.ery dan keluarga yang banyak support aku.

Open House

Marilah kita beraya dengan hati gembira, baru nak update hari ini dah raya ke berapa? Beraya di rumah k.long (sepupu) dekat Pasir Puteh juga.

openhouse artis15

Aku dan angah pergi satu kereta. Adik perempuan bongsu dengan mom pergi kemudian tapi ‘anak butir’ angah (anak adik perempuan bongsu) ikut sekali. Anak butir angah yang pakai baju gaun warna hitam tu namanya Balkis. Bekeng-bekeng cikngah dio, anak sedara semua nak ikut cikngah. Kalau kena tinggal dengan cikngah, selok nangis si Balkis ni.

 

openhouse artis10

Raya ketiga dah tak ayu dengan baju kurung. Terus pakai seluar senang nak langkah panjang. Masa ni kakak azwa tengah merajuk. Merajuk pasal apa dah tak ingat. Pandang kamera pun tak nak… si Ayra tak pandang kamera bukan merajuk yea.

emarieys.com | openhouse cousin

Keciknya dunia ni, kakak Azwa jumpa kawan satu kelas kat rumah sepupu ni. Terus hilang merajuk dia. Sepupu punya suami buat open house sekali dengan reunion sekolah.

 

openhouse artis08

Beraya rumah k.long buat macam rumah sendiri pula. Dulu-dulu kat sinilah kami tiga beradik tumpang tidur. Ada kisah sedih di sebaliknya. Tapi biarlah ia jadi kenangan kami tiga beradik ni.tetiba teringat.

 

openhouse artis04

openhouse artis02

Mr. ery pun sempoi juga baju raya dia. t-shirt yang dipakai hari-hari dengan pelikat pants dari Pelikat Mama. Aku tempahkan sekali untuk Aqeel warna dan pattern yang sama. Boleh tempah ikut ukuran yang kita mahukan.

openhouse artis05

Kami tiga beradik yang pantang nak bergambar. tapi ada pula yang menyengih si Balkis ni menyelit sekali.

 Mom yang muda jelita sokmo.tak gitu?

openhouse artis16

Lena si Ayra tidur lepas dah membuang.. orang bising sekeliling pun tak sedar-sedar. penat beraya.

 

openhouse artis12

Mana satu mak mana satu anak ni? Hahahaha kami selalu perli si adik bongsu aku ni..badan dah dipam-pam berisinya. Itulah kerja banyak tidur dan makan sangat.

openhouse artis07

 Raya belum habiskan…banyak lagi jemputan open house menyusul.

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

(4) Comments

  1. Salam Aidil Fitri, Ema!

    Hari ni dah 20 Syawal 🙂 Okeylah tu dah masuk cerita open house. Saya ni masih lagi di awal raya, tak habis-habis mengarang. Itulah padahnya bila tetiba menghilangkan diri dari alam maya 🙂

    Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan beraya dari satu rumah ke satu rumah. Kecil betul dunia, si Azwa jumpa kawan sekolah di open house nun di Kelantan yerk.
    Mummydearie recently posted…Akhirnya…. balik kampung juga ~_^My Profile

  2. Meriah tu open house. Ibu-ibu nampak muda-muda ni , apakah rahsianya? hehe 😀
    Ani Haryani recently posted…Beruntungnya Wanita! Islam Angkat Darjat WanitaMy Profile

  3. Selamat hari raya maaf zahir dan batin ya
    Khairul Zamri recently posted…6 Tips Bisnes di RumahMy Profile

  4. sana sini banyak open house. best juga kan
    Raihanah Ahmad recently posted…Cinch Energy Tea Mix Untuk Kurus dan CergasMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE