September, Bulan Istimewa Setiap Tahun Untuk Diingati

September, bulan yang sangat special untuk diingati setiap tahun.

Bulan yang akan jadi kenangan sepanjang tahun.

Bulan yang disambut dengan kegembiraan setiap saban tahun.

InshaALLAH.

September, bulan aku lapor diri sebagai penjawat awam.
 

Hari Istimewa di Bulan September

Paling diingati, adalah bulan kelahiran kedua orang tua aku..

Abah – 15/09/1950

Born in September

Ma – 19/09/1961

September Special

Happy Birthday Abah

Happy Birthday Ma

 

Tak boleh nak letak sekali gambar, kang ada yang marah…naya.

Sedihnya, setiap tahun tak dapat nak sambut hari kelahiran mereka.

Adik-adik aku yang selalu surprise untuk mereka.

Aku?

Doa sentiasa mengiringi untuk mereka berdua.

Happy nya abah dapat hadiah..yang mana kami jarang sangat bagi hadiah untuk abah.

Abah, bila ditanya nak apa…jawabnya tak perlu apa.

Tahun ini, dihadiahkan jam tangan sebab jam tangan sebelum ini rosak.. eksiden tempoh hari.

Sama juga Ma, dapat hadiah jam.

Diraikan bersama kawannya pun lahir bulan yang sama.

Lagi..

Sri Farisya Aleya – Anak buah pertama, 11/09.

Kak Long Muna – Sepupu, 18/09

Cik Ngah K.Berang – Mak sedara, 21/09

Cik Sal/Nenek – Pengasuh Ayra, 22/09 . Baru tahu semalam. Kebetulan Ayra tetiba rindu dengan nenek dia. Nak call nenek..nak call nenek..mesej sama Siti (anak Cik Sal)..nenek pun rindu kat dia..kebetulan hari  itu hari lahir dia. Video call dengan nenek, siap nyanyi happy birthday.

Bulan Kelahiran Sepupuku, Arwah Malina.

Al-Fatihah untuk arwah Malina. Sepupu yang sebaya dengan aku, beza 1 bulan dengan hari kelahiran aku. Tak banyak kenangan bersama arwah. Arwah sambung belajar di Jerteh…aku ke Pahang..Lepas kahwin bawa haluan masing-masing..hinggalah dapat berita arwah sakit. Sempat jumpa dia untuk kali terakhir.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge