September and October.
Lamanya tak update blog emarieys.com ini. Mana menghilang?
Masih lagi di #bumiafrica ini, tak ke mana pun.
Sejak penularan Covid-19, lebih banyak duduk di rumah.
Tak berani nak keluar sebarangan melainkan ke tempat kerja saja.
Nak share memori bulan September dan October yang mana perlu untuk diingati.
September 2020.
Hari kelahiran bagi kedua ibu bapa aku. My abah 12 September dan my mom pula 19 September.
Bermakna sedikit tahun ini sebab first time aku buat surprise untuk mereka. Aku tempah delivery banquet surprise.
Untuk abah, aku ambil dari Kota Bharu sebab abah stay di rumah adik nombor 2. Tapi hari esok nak hantar, kena delivery ke PP sebab abah balik rumah dia. Ralatnya, tak ada rekod video dari servis ini. Hanya beberapa keping gambar sahaja yang dihantar. Kad pun tak ada. Atas alasan, lupa.
Untuk mom, aku ambil servis dari PP saja dari iz surprise delivery. Free charge untuk delivery dan hanya buat penghantaran di area PP sahaja. Okeylah, mom pun tak ke mana. Puas hati siap ada video dan ucapan.
October 2020
Dua tarikh special yang wajib diingati. Semestinya hari ulangtahun pernikahan yang ke-16 tahun pada 10.10 dan hari ulangtahun sendiri pada 28.10. Alhamdulillah di atas kurniaan Yang Maha Esa. Walaupun tiada sambutan meriah tiada hadiah, bersyukur atas segala nikmatnya. Belanja rakan opis makanan dari Epi Dor
Pada 18 October lalu, hari pengundian bagi Rakyat Guinea dan suasana di sini agak tegang. Segala komunikasi disekat untuk download sebarang video dan gambar. Kemenangan berpihak kepada Kerajaan sekarang. Tak pasti akan berlaku lagi ketegangan kerana akan adanya ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Semoga tiada lagi ketegangan dan protes yang bakal berlaku. Biarlah aman dan tenang.
Sepanjang September and October, banyak juga perkara terjadi antaranya kena tahan pihak berkuasa di sini. Boleh tengok di youtube channel Emarieys Journey.