Sepetang Bersama Blogger dan Yeos tahun 2015 anjuran DenaiHati untuk kali ketiga.
Lokasi di Taman Cabaran, Putrajaya. SBBYeos tahun ini ada dua sesi. Sesi pagi ada Treasure Hunt, sesi petang ada forum dari panel jemputan. Aku sampai agak lewat sebab hantar my mom balik Kelantan. Lagipun memang tak dapat nak joinlah treasure hunt ni, baru lepas pantang.

Sampai sana, kelihatan hanya ada beberapa blogger tengah berborak. Yang lain masih berTreasure Hunt. Orang pertama yang aku jumpa dan kenal adalah Mak Dara. Tapi aku terlupa pula nak berselfie dengan Mak Dara. Alahaii.
Treasure Hunt dalam kumpulan bukan individu. Ada yang bawa baby dan ada yang tengah sarat pregnant join treasure hunt. hebat sungguh. Pihak penganjur turut sediakan perkhidmatan van ambulance jika berlaku kecemasan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Walaupun kali ini bukan di dalam bilik beraircond, masing-masing kusyuk mendengar perkongsian ilmu dari mereka yang hebat di bawah sana.
Ayra Sufia pun join sekali.
Terima kasih kat Mr.Ery yang sudi teman sepanjang hari. Thats day my turn punya day, so kena followlah. Kalau tidak wifenya akan muncung panjang. hik hik hik.
Belakang sana, ada blogger comel Yuyu Zulaikha bersama anak dan suami. Yuyu terkejut tengok Ayra Sufia yang umur baru dua bulan lebih nak sama saiz dengan anaknya yang dah 8 bulan. Tak perlu pelik, memang baka besarlah kami ni.
Ramai blogger yang hadir dan kebanyakkan yang aku tak kenal. Mungkin di alam maya selalu balas komen, tapi di realiti kadang-kadang tak perasan. Ini jumpa Fiza Rahman kali kedua.
Abang Aqeel kalau ada mainan ada kawan, dah tak kisah sangat. Aku biarkan saja dia pergi main. Janji kawasannya selamat. Nasiblah Ayra Sufia tak meragam langsung kat event ni walaupun badan dah melekit peluh.
Tahniah pada team Fiza Rahman yang dapat tempat pertama dalam Treasure Hunt. Hadiah berupa wang tunai RM 3000 dan hamper.
Sudahnya, menunggu event sampai habis, sebelum berangkat sempatlah minta bergambar dengan Mak Merah a.k.a Kak Red Mummy. Kak Red sangat humble ok. Tak sombong langsung.
Tak puas letak sekeping aku tepek sekeping lagi. Dalam Mr.Ery tengah snap gambar aku dan kak red tengah cakap-cakap. “Berapa bulan baby ni”. “Baru dua bulan lebih, Kak Red”. “Cepatnya kurus”..Aku sengih jerlah…
Terima kasih pada DenaiHati dan kumpulan sukarelawannya. Terima kasih pada penaja besar Yeos Malaysia sampai berkotak-kotak aku minum air yogurt ni. sedap sangat. Terima kasih pada semualah.
Harap event ini akan ada sambungannya biarpun dah dengar SBBYEos tahun ini adalah yang terakhir.
Bestnya, dapat berjumpa, info baru sambil mengeratkan ukhuwah 🙂
dari alam maya ke alam nyata…
emarieys recently posted…Sepetang Bersama Blogger dan Yeos
Tak perasan pula masa di SBB2015.. Kalau tak boleh kita bertegur sapa….
Anuar recently posted…Syukur Alhamdulillah… Rezeki Kali Pertama datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015
yealah, kita ni tak femes mana..itulah ramai yang tak kenal pun…hehehe.
emarieys recently posted…Sepetang Bersama Blogger dan Yeos
Eh, kenapa nampak macam Tuan Aqif Azizan je yang berbaju hitam tu? Ke salah? hehe
Khadeejah Hasmad recently posted…Terawih di Masjid Shah Alam : Masjid Mesra Kanak-Kanak
memang Aqif Azizan lah…dia seorang yang hebat kan.
emarieys recently posted…Sepetang Bersama Blogger dan Yeos
wah dah kurus, baby pulak yang bambam kan.
Raihanah Ahmad recently posted…Akibat Culas Ambil Vitamin / Suplemen
Sempat juga dating walaupun baru lepas pantang ya ema…kebetulan pula Fiza tu member group saya…
Sani recently posted…Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015