Pagi isnin ramai yang terkena penyakit monday blues. tapi aku pagi isnin dah ada di klinik gigi. on the way ke tempat kerja, dalam kereta mula tak tertahan sakitnya gigi. terus pusing stereng menuju ke klinik gigi.First time nak singgah ke klinik gigi tanglin ini. mula-mula dah nampak signboard pendaftaran. bila masuk dan tanya untuk pendaftaran sakit gigi. tersilap. itu pendaftaran untuk pesakit luar. pendaftaran ke klinik gigi di blok B.

Masuk ambil nombor dan kepilkan pada kad pengenalan. pastu letak kad pengenalan di dalam bakul kes baru sebab tak pernah datang. pembantu perubatan panggil nama dan minta isikan nombor telefon dan alamat tempat tinggal sekarang (ic alamat kampung). bayar RM1 sebab tak bawa GL. alaaa..nak berkira apa RM 1 itukan.

Nombor dipanggil masuk ke bilik nombor 8. duduk atas kerusi dan doktor mula tanya sakit apa. aku cakap gusi bengkak. bila baring doktor mula check setiap inci gigi. kejap cakap missing, filling dan lain-lain. oh ya, setiap gigi ada nombornya tau. bila tiba kat tempat bengkak tu, doktor cakap ini gigi bongsu nak tumbuh. gusi membengkak. so, doktor bagi tiga jenis ubat. ubat tahan sakit, ubat kumur dan ubat antibiotik. doktor pesan kumur air suam dicampur garam setiap kali selepas makan sehinggalah bengkak beransur pulih.

Aku sampai sana jam 8.30 pagi..jam 9.00 pagi dah setel semua. sebelum dapat slip farmasi. aku diminta untuk isi borang penilaian klinik pergigian. perkhidmatan yang terbaik bagi aku. apalagi fullmark lah yang aku kasi. memang sangat memuaskan hati. farmasi mereka pun sangat teratur dengan amalan 5S ( Susun. Sisih. Sapu. Seragam dan Sentiasa Amal) yang telah lama diperkenalkan.

Dah umur 30-an baru nak tumbuh graham bongsu. ini baru di bawah yang di atas belum lagi ni.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *