Melalui portal rasmi Jabatan Perumahan Negara ini ada senarai nama-nama syarikat yang terlibat dalam projek sakit, projek terbengkalai dan senarai hitam pemaju perumahan. Dinasihatkan, mana-mana yang ingin beli rumah lebih baik selidik terlebih dahulu nama-nama syarikat yang berkaitan.

Syarikat Pemaju Bermasalah

Bila selidik, memang syarikat ini salah satu syarikat yang disenaraikan dalam projek terbengkalai. Patutlah tiga tahun menunggu tak siap-siap lagi rumah yang ema beli di Kelantan. Setiap kali balik, pergi tengok rumah tak ada perubahan. Hanya tiang-tiang yang tak berseri saja terpacak. Bila telefon tanya pemaju, projek berjalan cuma mereka kekurangan pekerja.

Masalah kini, pinjaman perumahan dah lama diluluskan cuma masih belum ada potongan gaji. Bila dah syarikat pemaju dah disenarai hitam, buat apa tunggu lagikan. Terpaksa batalkan. Tapi, masalah ini masih tidak selesai..dah hantar surat untuk batalkan pinjaman perumahan dengan BPP dan sekarang BPP perlukan surat dari KPKT mengatakan projek bermasalah. Bila buat panggilan ke sana berkali-kali dengar suara operator… last-last diminta hantar  aduan /pertanyaan melalui emel saja..Habis bila masalah ini nak selesai?

Perlukah menunggu surat dari KPKT atau call tanya lawyer pada surat perjanjian?

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

7 Replies to “Senarai Hitam Pemaju Perumahan Projek Sakit”

  1. dah settle ke urusan batal pinjaman? suami saya pun mcm 2 jugak… skrg bayarn bulanan potong..rumah x ada… x tahu nak buat apa.. dia biar je duit 2 kna potong sebab x nak pening kepala…

  2. saya pun ada beli rmh lbh kurang 9 thn yg lalu..projek perumahan yg saya beli pun terbengkalai under pemaju Andaman Timor Sdn Bhd.. yg lebih sakit hati projek yg dibina separuh jln tu habis dirata kn kembali.. dpt info tanah belum settle ngan owner..so owner ambik blk.. blh tau mcm mna nk cancel agreement with bank.. or ada cara lain x..share pls..

  3. Sy mmbeli rumah di kawasan pekan lukut dgn syarikat motozu, mereka sengaja melewat lewat kn pembayaran baki pnjaman yg sy buat dgn kerajaan melalui mereka…suda hmpir setahun mereka lngsng tidak mmbuat pmbyaran semula….jmlh hmpir rm35k…. mereka sengaja mnlengah2 kn pmbyran trsebut brtujuan menampung projek di tempat lain…..

  4. Skrng ni sy amat trdesak untk dapatkn wang trsebut…di sebabkn pemasalahan ini gji sy smkin kecil, sy trime arhan di nasihat kn berhnti dri kj dan sy hmpir brcerai dgn istri sy… sy smkin buntu skrg nie…

  5. Skrng ni sy amat trdesak untk dapatkn wang trsebut…di sebabkn pemasalahan ini gji sy smkin kecil, sy trime arhan di nasihat kn berhnti dri kj oleh majikan dan sy hmpir brcerai dgn istri sy… sy smkin buntu skrg nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *