Pejam celik pejam celik, dah hampir hujung tahun. Anak-anak pun dah habis peperiksaan akhir tahun. Tengah tunggu result keluar di saps. Semak tadi, belum lagi keluar. Tak sabar nak tengok keseluruhan markah anak. Ada juga yang dah tahu result beberapa kertas yang anak bawa balik.
Harga buku teks sekolah kebangsaan
Minggu ini, anak-anak kena pulangkan balik buku-buku teks yang dipinjamkan. Yang mana hilang kena berganti, yang mana rosak pun kena berganti. Pihak sekolah berikan senarai semak harga buku teks dari tahun satu hingga tahun enam. Ibu bapa bolehlah semak harga buku teks sekolah jika perlu ganti. MamaEma tak pasti pula harga buku ini sama atau tak dengan sekolah-sekolah yang lain.
MamaEma pernah beli buku Teks Bahasa Malaysia tahun 5 awal tahun ini. Entah mana hilangnya, sampai sudah tak jumpa-jumpa. MamaEma beli di Pustaka Seri Maju, Bandar Permaisuri. Boleh dikatakan harga buku teks di sana murah. Beberapa hari lepas, ada terima satu mesej bertanyakan tempat untuk mencari buku teks murah. MamaEma syorkan di Pustaka Seri Maju memandangkan dia kena beli semua subjek kerana anak yang bersekolah itu adalah anak angkat yang belum terima permastautin. Kesiankan, dengan keadaan ekonomi sekarang, kena beli buku teks pula. Korang yang baca entri ini, kalau ada yang nak jual buku teks terpakai..maklumkan pada MamaEma. Beliau mencari buku teks untuk tahun 6.
Very nice info.. saya pun sama.. hampir setiap tahun kena tukar buku sekolah anak-anak
anuar recently posted…Iphone X, Iphone 8 Plus, Iphone 8, Samsung Galaxy Note 8 untuk dimenangi pada bulan November ini
Tq for sharing
Mama pipie recently posted…Anjing dan babi menurut islam
kalau nak ganti tu..
berat juga dengan keadaan ekonomi yang kurang menentu..
harap anak-anak dapat menjaga dengan baik
mrhanafi recently posted…Kerja Sambilan Di Rumah
Khamis ini dah kena pulangkan semula buku teks. Pernah juga anak terbawa pulang buku teks kawan kerana keliru dengan pangkal nama pemilik yang sama, terdapat 5 orang pula tu dalam satu kelas pelajar yang mempunyai nama yang sama, nasib baik BIN lain2. Biasanya murid darjah satu la selalu berlaku.
Jumaat depan anak sy dah kena pulangkan buku teks. Jgn ada yang hilang sudah…
Mimie recently posted…VESSBROZ – Album Pertama Dengan Artis Dari 5 Kontinen
Nasib baik laa tahun ni si kembar tak ada hilang kan buku, legaaa
pergh harga buku teks je dah beratus , nasib lah ada skim pinjaman buku ka;lau tak memang agak sesak lah poket ni hihihi
onlajer recently posted…Pengalaman membeli spinning mop dan alat ganti mop