Assalamualaikum. Tengah kemas-kemas meja terjumpa cd sembilan tahun lalu. Kenangan semasa hadir Kursus Induksi di Uitm Kampung Gajah, Perak. Wajib kena hadir kursus induksi untuk mendapatkan pengesahan jawatan di Jabatan Kerajaan. Mainkan CD dan gelak sorang-sorang.

Dulu mana ada facebook lagi. Nak share. Sekarang pun tak tahu mana mereka-mereka semua. Hanya seorang dua yang masih berhubung di facebook.

Kursus Induksi Jabatan Kerajaan

Masa ini baru sampai dari KL. Tengah isi borang pendaftaran. Dulu ayu bertudung bawal. Di belakang aku baju putih itu sehingga kini masih lagi satu pejabat.

Pendaftaran Kursus Induksi Jabatan Kerajaan

Korang perasan tak jari aku masih merah dengan inai. Walaupun aku nikah bulan Oktober, tapi majlis sandingnya bulan Mac. Elok lepas sanding, balik ke KL terus kena hantar pergi kursus. Dua minggu tinggal suami. Sampaikan fasilitator pun tanya ‘baru kahwin’ ke?

Perbincangan Kursus Induksi Jabatan Kerajaan

Inilah kumpulan aku. Bergambar bersama En Azhar, Ketua Fasilitator. Kalau korang tanya nama setiap orang aku sendiri pun dah tak ingat.

Group PhotoDua dari kiri satu Kementerian tapi Bahagian lain-lain, Yati di Putrajaya, aku di KL. Sebelahnya tiga dari kiri kak ida, kerja di UiTM. hanya dia sorang saja yang masih berhubung di facebook. yang lain terus putus hubungan.

Ada ke yang korang kenal kat sini? Aku teringin nak badan macam dulu….

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Sembilan tahun berlalu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *