Jomlah semak wang yang tidak dituntut di laman egumis, ANM

Lepas belanja di shopee pun jadi lah ni.

Semalam check berjaya, hari ini tak berjaya pula.

Tengok lah link tu sikit yer.

Scam tang mananya..terang-terang dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

Tak dapat nak masuk, terus cakap scam.

Memanglah line agak busy..tengah ramai yang nak buat semakan.

Ada yang berjaya ke?

Cara Semakan Wang Tak Dituntut

  1. Masuk ke laman egumis.anm.gov.my
  2. Klik ‘Pendaftaran”
  3. Isi butiran peribadi
  4. Klik Daftar”
  5. Paparan Pendaftaran Pengguna – Klik Ya
  6. Klik “Log Masuk”
  7. Isi nama “pengguna” dan “kata laluan” yang didaftarkan
  8. Paparan “Tukar Kata Laluan”
  9. Tukar Kata Laluan. Klik Simpan
  10. Kemaskini Maklumat Pengguna – “Alamat Penuh”. Klik Simpan
  11. Klik Carian Wang Yang Dituntut.
  12. Isi No Kad Pengenalan
  13. Jumlah Carian Wang Tak Dituntut dipaparkan.

*PENTING** Bagi pengguna eGumis yang tidak menerima kata laluan atau telah menerima katalaluan(password) semasa pendaftaran dilakukan tetapi tidak dapat untuk log masuk, mohon kerjasama tuan/puan membuat pendaftaran semula di Portal eGumis. 

Kasi reda dulu…sekarang line tengah panas.

Ramai yang tengah masuk… so, bermasalah dia.

Nak check untuk orang lain dari akaun yang sama pun boleh..tapi limited hanya 2 orang saja.

Diam-diam aku check pakai ic adik nombor 2.

Sekali dia punya ada wang tidak dituntut lah wey.

Aku punya sendiri beria check..tak ada isi..

Orang lain yang ada isi..

Tak lepas nak shopping.

Mr. Ery ada juga…kurang RM2..

Hahahaha.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *