Selepas 2 Tahun Dalam Kelab Blogger Ben Ashaari

Hello 2018, Bye Bye 2017. Pejam celik pejam celik minggu depan dah tahun 2018. Lagi beberapa hari jer. Issh, macam kejap giler masa berlalu dari setahun ke setahun. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru. Biasa, bila nak tahun baru orang tanya apa azam baru? Azam tahun ini pun masih tak tercapai, apatah lagi nak yang baru..makanya kita carry forward ke depan macam carry forward cuti lah. Tak salahkan.

Kelab Blogger Ben Ashaari.

Sini, MamaEma throwback macam mana MamaEma dapat sertai Kelab Blogger Ben Ashaari aka KBBA9. Yang mana nampak posting di facebook atau instagram guna #KelabBloggerBenAshaari dan #KBBA9 itulah ahli-ahlinya. Ada juga orang luar yang suka letak hashtag sama. Baguslah tu.

MamaEma join KBBA9 tahun 2015. Itupun bukan terus dapat yer. Kena lalui tapisan. macam tapisan untuk kakitangan awam.  ada tapisan kasar ada tapisan halus. Tapi tidaklah sampai kena sign aggreement. MamaEma teruja tengok aktiviti-aktiviti team KBBA9 di blog-blog mereka. MamaEma emel kat founder kelab macam mana nak sertai kelab ini. Tengok screenshoot bawah, apa jawapan founder.

Tiada pengambilan blogger baru. Jawapan founder. Sedihlah kan… harap akan buka pengambilan dalam masa terdekat. Tapi, tak lama tunggu  ternampak post founder kat group siapa yang berminat nak join, boleh pm. Apalagi pucuk dicita ulam mendatanglah. Terus pm melalui mesej facebook.. di minta no hp untuk whatsapp. Di sinilah bermulanya soalan-soalan interview dari founder sendiri. Dan Alhamdulillah berjaya melepasi interview…debar dia mengalahkan nak interview kerja. hehehe.

Dan I’m officially KBBA9 Team. Dimasukkan dalam group Lembah Klang. Selepas founder, orang kedua yang MamaEma kenal adalah Kak Saidila aka kaklong. Kenal hanya melalui whatsapp saja. Bermula dengan team KBBA Lembah Klang.

Event Pertama Bersama KBBA9

Bengkel Fotografi Bersama Adhadi di Resort Agrofarmstay, Melaka adalah event pertama yang MamaEma join bersama KBBA9. Masa ini, memang takut nak jumpa face to face founder dan team yang lain. Takut tak reti nak bawa diri, takut orang tak dapat terima kita..macam-macam perasaanlah. Melangkah kaki masuk dewan…semua orang pandang, nak hilangkan nerves pergi bersalaman dengan mereka dan kenalkan diri.

Mulalah episod bersama KBBA9 di event pertama yang mana semuanya di sponsor termasuk family sekali. Yea, dapat bawa family stay 2 hari 1 malam di sana. Malamnya, berkumpul bersama dan adakan perbincangan antara founder dan ahli. Ke mana hala tuju KBBA9 di masa hadapan.

Baca: Photoshoot Raya KBBA

Selepas dapat biasakan diri dalam KBBA9, semakin meluas MamaEma nampak hala tuju sebagai blogger walaupun hanya part time. Banyak yang MamaEma belajar dari mereka-mereka yang tidak kedekut ilmu, sama-sama membantu jika ada masalah, sama-sama bekerjasama antara satu sama lain. Kalau sebelum ini, ikut suka hati. Orang pakai dot com..pergi beli dot com..orang pakai hosting, beli hosting. Tapi tak tahu apa pun..kosong terus. Rugi bayar setahun sekali tapi tak ada income untuk tampung domain dan hosting. Guna duit gaji untuk bayar. Harapkan iklan nuff jer, itupun tak cukup.

Review Produk Dapat Income

Dapat job untuk review produk. Sambil review dapat income sampingan. Alhamdulillah. Seronok. Ini semua sejak join KBBA9. Antara produk kecantikan yang pernah di review, Mewangi, Deeja Cosmetic, Hairdepot, Himalaya dan Cosmoderm. Food review pun ada. Tidak semua review itu akan dapat income, tapi dengan buat kerja ini, dapatlah serba sedikit pengetahuan dan bagaimana caranya untuk membuat ulasan pada sesuatu produk.

Gathering dan Family Day

Tak pernah lagi MamaEma jumpa mana-mana kelab yang anjurkan gathering atau family day FREE. Yeah, free. Family day kelab kereta pun bayar sendiri apatah lagi family day di opis MamaEma ni, pun kena bayar juga. Murah rezeki KBBA9 kan. Family day yang MamaEma pergi, tahun lepas di Cherating. Dapat pula bermalam 3H 2M di Legend Cherating. Bukan calang-calang punya hotel. Dah namanya family day, semestinya dapat bawa satu sekeluarga. Theme park pun sama, bawa satu keluarga.

Bekerjasama dengan agensi kerajaan

Dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain antaranya Pusat Zakat Selangor dan Jakim.

Selepas 2 Tahun Bersama KBBA9

2 tahun kira masih baru lagi. Masih sesi pembelajaran orang kata. Dalam 2 tahun bersama KBBA9, MamaEma dapat kawan, ilmu, income sampingan, diberi kepercayaan sebagai admin di blog KBBA dan dikecam oleh Kak Min sebab selalu typo taip mesej kat group kebelakangan ini.. hubungan kami dah macam adik beradik, walaupun ada yang tak pernah lagi bersua. Tapi dalam group rancak bicara. InshaAllah akan bersama Kelab Blogger Ben Ashaari selagi diberi kepercayaan dan diterima oleh founder dan team yang lain… tak gitu? Fuhh, separuh hari nak siapkan satu posting ni.

 

 

About emarieys

Ema has written 1144 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

4 thoughts on “Selepas 2 Tahun Dalam Kelab Blogger Ben Ashaari

    • December 29, 2017 at 11:26 am
      Permalink

      Alhamdulillah, tak semestinya di KL ada juga blogger yang jauh bersama KBBA9 ni.

      Reply
  • December 29, 2017 at 10:00 am
    Permalink

    Huhuhu.. 2 tahun lama tu.. ai baru 3 bulan kotnya =P

    Reply
    • December 29, 2017 at 11:27 am
      Permalink

      Ada lagi yang lama…sejak KBBA9 ditubuhkan lagi…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE