Selamat datang ke Sarawak tuan-tuan dan puan-puan.

Wah, macam ejen pelancongan dah ini.

Ini kali kedua datang ke Sarawak.

So, dah tahu serba sedikit  nak ronda-ronda Negeri Sarawak ini.

Tapi still tak mahir juga bab jalanraya kat sana.

Banyak sangat round-board akan jumpa.

Inilah patung kucing paling besar di Sarawak. Berkesempatan mengambil gambar di sini bila salah seorang bos membawa kami keluar breakfast di luar dan sempat juga meronda-ronda bandar Kuching. bila lalu di satu tempat memori dalam kepala terus keluar “eh, sini pernah datang”..”oh, kat sini rupanya”…

Selama seminggu berada di Kuching, Sarawak ini ema tinggal di Hotel Riverside Majestic,Kuching. Paling seronok bila dapat bilik tepi sekali dan view semuanya dari cermin. view keliling dapat tengok.

Cari mekdi juga satu malam itu…

Ini view dari bilik belah depan. naik sampan dengan bayaran 50 sen untuk pergi ke  seberang memborong kek lapis. naik sampan tak sampai 5 minit tapi naik kereta hampir setengah  jam.

Ini semasa aktiviti latihan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Abadikan bersama lori hazmat team.sangat teruja dengan peralatan yang ada.

Untuk makluman u all. orang Sarawak semuanya jujur.

entry auto publish..hari ini kerja di luar pejabat tapi masih di kawasan KL

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *