Selamat balik ke Malaysia SU3.

Tak habis lagi cerita SU3..our third secretary in MW Conakry.

Yang baru datang, yang lama pula dah pergi.

Walaupun hanya 4 bulan bersama, dah macam family sendiri.

Apapun good luck pada SU3 yang selamat balik ke Malaysia.

InshaALLAH umur panjang, jumpa di HQ nanti.

Maaf SU3 yer, curi-curi snap gambar masa last day bersama local staff.

Baca: With our local staff

Itupun kalau SU3 ada baca blog ini…hehehe.

Kenangan…entah datang ke sini lagi ke tidak selepas ini kan.

Semalam, berkesempatan untuk  hantar SU3 dan wife kat Airport Conakry.

Ini kali ke-2 jejak kaki di airport sini.

Berapa banyak sekatan, sebelum dapat masuk ke dalam ni.

Nanti-nantilah aku share di post lain.

Pelbagai kerenah orang-orang kat sini nak kena hadap.

selamat balik ke Malaysia SU3

Aloss, makin mengecil lah group Malaysian Beauties CKY ni (:-() yer.

Apapun good luck juga untuk wife SU3.

Selamat kembali bekerja dan habiskan study.

malaysian beautician cky

Bye-bye SU3.

Dah selamat sampai Malaysia dah time ini.

selamat balik ke malaysia

SU3 punya turn dah lepas.

Tak lama, lagi seorang pula menghitung hari

Juga akan balik Malaysia.

Aku punya turn lambat lagi lah..

Aqeel pun dah rindu dengan uncle SU3 dia ni, sebab suka layan dia mandi kolam dan main games

Malam tadi Aqeel pergi hantar mesej kat FB.

Uncle SU3 bagitahu boring duduk dalam kapal terbang ni.

Nak buat macam mana, perjalanan yang agak jauh kan.

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Yang Baru Datang Yang Lama Pula Dah Pergi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *