Slayer Workshop.

Setiap kali program, salah satu tugas kerja hakiki jadi sekretariat. Kerja sekretariat memang kerjanya di luar pejabat. Orang cakap syoklah asyik kerja luar memanjang. Syok memang syok, tapi diaorang nampak yang syok saja. yang tak syok, mereka tak nampak. Dah bertahun buat kerja sebagai sekretariat, di Slayer Workshop inilah paling seronok. Peserta dari budak-budak universiti seluruh Malaysia. Mula-mula memang stress gila nak dapatkan nama-nama mereka. Ada yang tengah exam, ada yang tengah cuti, ada yang dah ada program. semualah. Naik pening pun ada. Dah dapat nama, nak create pula group whatsapp. Satu group 50 orang. Slayer ada 2 group, tak semena-mena 100 nama perlu disimpan. Itu belum masuk lagi nama-nama awal yang diterima, last minute tak dapat datang. Layan peserta dari Universiti, tak perlu skema sangat kan..itu yang suka tu.

 

 

Slayer 1

Group Slayer 1, group yang start 11 – 13 April 2017. Group ini dah selesai. Tak ada hutang dah. Gambar-gambar semua dah diemel. Tapi masing-masing masih kekal di dalam group. Mereka tak nak keluar dari group yang MamaEma create tu. Nampak gayanya, kena ada seorang admin lagi ni.

 

Hari-hari 12 t/mlm baru habis

 

Cartoonist Sireh, Cendol, oRen, Sagu dan Erwin.

 

Slayer 2

Group slayer 2, start 17 – 19 April 2017. Group ni pun dah habis. Cuma, masih berhutang gambar sepanjang program. MamaEma sendiri tengah tunggu emel dari photographer ni. Dah ada yang bertanya bila boleh dapat gambar mereka.

 

DDG yang sporting

 

 

Bersama atlet Paralympic. Sangat bangga dengan semangat mereka.

 

 

Slayer 1 dan Slayer 2 programnya sama. Tapi di Slayer 2, ada artis datang. Datuk Aznil Haji Nawawi. Kasi jeles budak-budak Slayer 1, saja share gambar di group mereka. Panas..panas…hehehe.

 

 

Awatlah tak makan dek usia Datuk Aznil nawawi ni, duduk sebelah untuk selfie pun dah rasa segan. Nampak dia lagi muda.

 

 

Untung juga bila simpan nombor phone mereka, tak pasal-pasal ramai yang follow ig dan fb. Hahaha. Tambahlah kenalan dalam tu. Hari ini keluar keratan akhbar berita harian tajuk “Admin Whatsapp Boleh Dipenjara” . Gulp, terus tersedak ni.

 

Korang yang nak tahu pasal Slayer Workshop ni apa? Boleh ke facebook MYShare2Care ni.

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Kerja Sekretariat Bengkel Untuk Student Leaders Paling Seronok”

  1. tu laaa… apa lee rahsia awet muda dato aznil nie..
    ema sempat korek tak rahsia awet muda dato aznil.. heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *