Loading...
AzwaSekolah

tak hantar anak ke Sekolah Tadika Islam

salah ke?

aku yang harus dipersalahkan?

atau aku rasa serba salah…

ramai yang tanya kenapa aku tak hantar azwa ke Sekolah Tadika Islam?

sedangkan memang dapat tawaran untuk masuk ke Sekolah Tadika Islam

apa yang aku nak jawab?

bila tanya sendiri dengan azwa…memang dia nak sekolah tadika islam

tapi bila dapat juga surat tawaran kat sekolah yang dah dua tahun berturut-turut dia belajar tu

dan bila malam sebelum hari pendaftaran cikgunya telefon…

aku tanya lagi…”kakak nak sekolah mana ni”

jawabnya nak sekolah tadika islam….

esoknya pada 27 Dis 2011, ada pendaftaran kat tadika perpaduan

azwa nak pergi..jadi aku bawa dia ke sekolah lama tu

masa kat daftar pun azwa masih cakap nak sekolah tadika islam

tapi bila dah berada depan cikgu….dan tanya sekali lagi….. azwa nak sekolah situ pula..

“kena fikir betul-betul kakak…mama nak bayarkan duit pendaftaran ini”

“kakak nak sekolah sini”

dan akhirnya azwa didaftarkan di sekolah tadika perpaduan untuk tahun ketiga

betul ke cara yang aku buat ini?

harus ke aku daftarkan azwa di Sekolah Tadika Islam pada 4 Jan 2011.

persoalannya yang kedengaran di telinga

1) tak boring ke azwa belajar benda yang sama kat sekolah tu (mungkin cikgunyaa kan ajar lain sikit kat dia)

2) sekolah tadika perpaduan ajar agama islam tentang doa dan bacaan ayat suci sikit…tak macam tadika islam..banyak doa-doa yang diajar malah boleh khatam Al-Quran pun…

3) takut nanti dia akan confius tentang cara pembelajaran di Sekolah Tadika Islam nanti (dah terbiasa dengan tadika perpaduan)

3) takut kena buli dek budak-budak besar (campur dengan budak sekolah rendah)

4) bila tahun satu…kat sana pun ada kelas agama..tak pun mohon untuk sekolah agama belah petangnya…

aku sebagai mama…memang sedaya upaya cari yang terbaik demi pendidikan anak-anak…tapi bila dengar sana sini…aku jadi serba salah…dan rasa bersalah

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge