Perkhidmatan Putaran Masa Sekolah

Sekolah Bermula 12 Januari 2015

Sesi persekolahan tahun 2015 dilanjutkan lagi seminggu bermula 11 Januari 2015 bagi Pantai Timur, Kedah dan Johor manakala 12 Januari 2015 di Pantai Barat, Sabah dan Sarawak.

Pengumuman penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan tahun 2015 akibat banjir. Sepertimana semua pihak media maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir samada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air banjir.

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini telah bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan  penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015.

Kenyataan penuh di sini.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri

Merangkap Menteri Pendidikan

29 Disember 2014

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

9 Comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian info… Sekarang ni dah confirmlah ye, sekolah buka pada 12 Januari 2015..
    Anuar recently posted…Rezeki daripada Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin LiyanaMy Profile

  2. alhamdulillah, tq for info
    Raihanah Ahmad recently posted…Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan VitaminMy Profile

  3. yeah dah start sekolah heehehe
    hafizi recently posted…The Captain Steamboat and Grill KlangMy Profile

  4. thank for info..

    semoga segalanya dipermudahkanNYa..
    nita recently posted…Wedding Anniversary # 11 : Aku tulang rusuk kirinyaMy Profile

  5. harap banjir akan surut sebelum tarikh baru sesi persekolahan kan 🙂
    puteri kasih recently posted…Tarikh Baru Sesi Persekolahan 2015My Profile

  6. Anak kakak sukalah Ema
    Tapi persiapan semuanya dah lengkap
    Bagus jugalah bagi peluang mereka yg sedang dilanda banjir kan..
    Kesian mereka.
    Kakzakie Purvit recently posted…Big food di Nong Chik HeightMy Profile

  7. Terima kasih kerana kerajaan sedikit sebanyak mempermudahkan urusan mangsa banjir.

  8. Anak dara SA tu suka hati la…sambung cuti lagi kan…terus ajak pi jalan2 bagai…sorry eh…mama xde cuti…hehehee
    Suriaamanda recently posted…Dania Di Kidzania Part 5My Profile

  9. Tadi terbaca ada org share print screen TPM yg kata sesi persekolahan bermula seperti biasa. Pastu baru tahu yg print screen tu palsu. So, sekolah start 12 january seperti yg TPM umumkan sebelum ni.
    LydSunshine recently posted…Tips Mengamalkan Baca Al Quran 1 Ayat 1 Hari Untuk Orang Biasa Macam AkuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge